"No Mountain too high when there is a will"
Saturday, December 27, 2008
Adakah Anda Bersedia Menghadapi 2009?
"No Mountain too high when there is a will"
Tuesday, December 23, 2008
Kursus Bina Sahsiah Keda Zon Kulim
Tempat : Desa Keda Kemangi
Modul : Bina Sahsiah Super!
Kursus Bina Sahsiah Pelajar Desa Keda Zon Baling
Tempat : Desa Keda Kemangi
4 hari 3 malam yang terhebat untuk semua...Semoga setitik perubahan akan mencapai sebelanga kejayaan..
Sunday, November 23, 2008
Kursus Bina Sahsiah Zon Sik
19-22 November 2008
Kem Desa Keda Kemangi, Baling, Kedah
76 orang peserta
Modul Bina Sahsiah Super!
Kursus Bina Sahsiah Keda Zon Langkawi
Tuesday, November 11, 2008
Monday, November 3, 2008
Saturday, November 1, 2008
Program BMQ November 08
SMK Sg. Rawang, Sepang, Selangor
Peserta 52 orang ( 19 Lelaki & 33 Perempuan)
Kesian telur ayam kat bawah tu..apalah dosanya
Adik-adik tingkatan 4 & 5 di SEMESRA nie semuanya baik-baik. Sporting, terbuka dan sememangnya bersedia menerima semua pengisian yang Team BMQ rancangkan. Terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Alwi (Kaunselor SEMESRA), Cikgu Ngah dan semua yang terlibat. Suasana agak dramatik (sangat memilukan saat majlis perpisahan. Air mata yang mengalir menunjukkan jauh di lubuk hati adik-adik semua masih ada satu ruang untuk melakukan perubahan. Mulakan perubahan anda dengan menggunakan konsep 3M
Mulakan perubahan dengan perkara yang kecil
Mulakan perubahan dengan diri anda
Mulakan perubahan HARI INI!
Selamat berjuang untuk peperiksaan. Semoga kecemerlangan menjadi tetamu di rumah setiap adik-adik semua..Allahumma amiin..
Thursday, October 30, 2008
Profil Trainer BMQ
Latar belakang
Dilahirkan pada 29 Januari 1981 di Negeri Perlis Indera Kayangan. Anak ke-4 daripada 11 orang adik beradik
Pendidikan
Memulakan persekolahan SK Sanglang, Perlis ( 1988-1994), kemudian menyambung peringkat menengah di Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau, Perlis (1994-1999). Seterusnya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri (2000-2002) dalam bahagian Al Quran dan Al Hadith dan menamatkan pengajian di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur ( 2002-2004).
Pengalaman
Berpengalaman mengendalikan program-program pembangunan remaja bermula ketika belajar di peringkat menengah. Termasuk juga program-program pembangunan dan peningkatan mahasiswa di peringkat pengajian tinggi.Menyertai Team BMQ Training pada Disember 2004. Telah mengendalikan hampir 150 siri program bersama BMQ bermula di peringkat rendah sehinggalah ke peringkat belia dan dewasa. Antara penglibatan beliau :
Trainer BMQ Training & Consultancy
Penceramah Undangan Pusat Pemantapan Aqidah JAKIM, Jelebu
Setiausaha Lembaga Pelawat Kompleks Penyayang Bakti Sg. Buloh
Motivasi hari ini....Perubahan bermula denganmu..

Al kisah ada seekor tikus yang terlalu takut akan seekor kucing ( sure lah tikus memang takut pada kucing). Setiap hari dia akan bertembung dengan kucing itu dan setiap hari jugalah dia akan bertempiaran lari. Maka pada suatu hari, datang seorang tukang sihir yang simpati dengan tikus itu. Dia ingin menukar tikus itu menjadi haiwan lain agar tikus itu tidak lagi lari bertempiaran apabila berjumpa dengan sang kucing. Maka tikus itu pun ditukar menjadi seekor harimau yang ganas.
Tetapi sang tikus yang telah bertukar menjadi harimau ganas tadi masih melarikan diri apabila bertembung dengan kucing tadi walaupun dia telah menjadi haiwan yang lebih kuat dan ganas. Maka ia berjumpa tukang sihir dan meminta supaya ditukar menjadi seekor beruang yang tersangat ganas. Dah jadi beruang pun apabila jumpa sahaja kucing, masih lagi lari tak pandang belakang. Dia pun hairan kenapa dia masih takut. Akhirnya dia jumpa lagi tukang sihir minta tukar jadi seekor gajah. Mudah mudahan kali ni tikus lebih berani. Setelah menjadi gajah, dia pun mencari di mana kucing. Sebaik sahaja jumpa kucing, perasaan takutnya masih belum hilang dan dia lari mcm dulu jg takut diterkam oleh si kucing.
Akhirnya tikus yg jadi gajah nie pergi jumpa tukang sihir, minta ditukar menjadi tikus semula yang akan sentiasa melarikan diri apabila bertemu dengan si kucing. Dia pasrah menerima hakikat bahawa sang tikus memang menjadi makanan si kucing....tammat
Moral Of The Story..
- Kalau ingin berubah, ubah minda kita dahulu. Ubah cara kita berfikir. Cara kita meletakkan standard terhadap sesuatu. Upgrade level of thinking.
- Jangan mengharapkan orang lain untuk merubah diri anda, anda yang harus mulakan dengan diri anda.
- Mulakan perubahan sekarang, jangan bertangguh lagi kerana masa sentiasa berjalan.
Friday, October 24, 2008
Kursus Bina Sahsiah Belia KEDA Zon Kulim (20-23 Okt 08)
4 hari 3 malam berada di Kem motivasi, diiringi angin bayu pantai yang dingin, panorama yang menarik, penginapan yang selesa serta makanan yang sihat dan sedap..apa lagi yang menghalang kita untuk menerima segala aktiviti dan pengisian yang diberikan.
Adik-adik semua jgn lupa dapatkan sijil program serta koleksi gambar di Pejabat Zon 6 KEDA Kulim. Alamatnya KEDA Zon 6 Kulim, No 26 Taman Pelangi, 09000 Kulim Kedah. Sila hubungi En Mohd Nasir Abdullah (017-3819456). Bawa pendrive sekali klu nak amik gambar semua. And then boleh pi cuci di kedai gambar...
Saturday, October 18, 2008
Kursus Bina Sahsiah KEDA Zon Pendang (Ogos 08)
Ust perlu ambil masa jg untuk kenal dan ingat semua adik adik dari pendang kali nie..tp maaf lah..tak ingat semua..yang ingat tu pasal ada sebab la..mcm hidayah coz suka melatah..along dan kak long confirm lah pasal depa ketua..shima, atikah dan banyak lagi lah..