Saturday, November 1, 2008

Program BMQ November 08

Program Kecemerlangan Sahsiah 2008
31 Okt hingga 1 Nov. 2008
SMK Sg. Rawang, Sepang, Selangor
Peserta 52 orang ( 19 Lelaki & 33 Perempuan)

Team BMQ Training tiba di SMK Sg. Rawang (SEMESRA) pada hari Jumaat jam 3pm. Kami difahamkan peserta dalam lingkungan tingkatan 4 & 5 berjumlah antara 80-100 orang. Program bermula pada jam 4pm dengan kehadiran hanya 52 orang adik-adik ting 4 & 5 SEMESRA. Apa pun, tahniah kepada adik2 yang datang. Kami bangga dengan anda. Jadi, Team BMQ diketuai oleh Ust Subhi, Abg Zul, Kak Aifa & Kak Rina akan memberikan program yang terbaik untuk anda semua. Kami akan pastikan adik-adik mendapat pengisian dan aktiviti terbaik di dalam dunia ini. So, dalam program nie mcm biasa, ketua (abg long & kak long) dilantik untuk memimpin para peserta dan kali nie kami memilih Mozahar dan Shahida untuk tanggungjawab itu. Rasanya adik2 semua setuju dengan perlantikan mereka. Apa pun pengisian untuk 2 hari di SEMESRA telah kami rumuskan yang terbaik untuk adik-adik. Semoga menjadi bekalan untuk memacu perubahan dalam diri menuju kejayaan seterusnya. Berikut adalah pengisian dan koleksi gambar :

Ice breaking : Pembinaan diri & kumpulan : Laman Ada apa Dengan Cinta : Membina Matlamat Kejayaan : Epilog Kasih Ibu : Solat : Mengakar Budi Menyemai Taqwa : Mengurus Stress : Debat Intelek - Lelaki Lebih Baik dr Wanita @ Wanita Lebih Baik dari lelaki? : Pleno Kecemerlangan Sahsiah.




Pada saat permulaan program..wajah peserta terpilih..


33 pelajar wanita terpilih..senyum sikit..

Kami berjaya!Kami berjaya!Kami berjaya!


Team building game "Anda Mampu Melakukannya"





Kesian telur ayam kat bawah tu..apalah dosanya

Adik-adik tingkatan 4 & 5 di SEMESRA nie semuanya baik-baik. Sporting, terbuka dan sememangnya bersedia menerima semua pengisian yang Team BMQ rancangkan. Terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Alwi (Kaunselor SEMESRA), Cikgu Ngah dan semua yang terlibat. Suasana agak dramatik (sangat memilukan saat majlis perpisahan. Air mata yang mengalir menunjukkan jauh di lubuk hati adik-adik semua masih ada satu ruang untuk melakukan perubahan. Mulakan perubahan anda dengan menggunakan konsep 3M

Mulakan perubahan dengan perkara yang kecil

Mulakan perubahan dengan diri anda

Mulakan perubahan HARI INI!

Selamat berjuang untuk peperiksaan. Semoga kecemerlangan menjadi tetamu di rumah setiap adik-adik semua..Allahumma amiin..

No comments: