Showing posts with label Gambar Program BMQ 2009. Show all posts
Showing posts with label Gambar Program BMQ 2009. Show all posts

Thursday, November 5, 2009

SummerCamp Khas Cuti Sekolah Disember 09


Bersempena dengan cuti sekolah yang bakal menjelang, BMQ Training telah menyusun 1 program khas iaitu SummerCamp Cuti Sekolah - Memburu Impian Meraih Kejayaan. Berikut adalah maklumat lanjut :

SummerCamp Cuti Sekolah - Memburu Impian Meraih Kejayaan

7 hingga 9 Disember 2009 ( Isnin - Rabu)
Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Malaysia
Yuran : RM180 ( merangkumi makan minum, bahan kursus, penceramah, alat tulis & sijil )

OBJEKTIF

  1. Pendedahan terhadap akhlak dan sikap seorang pelajar muslim dari perspektif Islam.
  2. Penekanan aspek penguasaan solat dan pembacaan al quran ke arah generasi yang melazimi solat & al quran
  3. Menyuntik semangat dan motivasi diri untuk mencapai kejayaan serta menjauhi perilaku negatif yang boleh merosakkan diri
  4. Ke arah menjadi seorang anak yang soleh serta manusia bertaqwa


BAGAIMANA HENDAK MENDAFTAR

Taip
BMQ (jarak) REG (jarak) 01 (jarak) NAMA PESERTA (jarak) UMUR
dan hantarkan ke 33321


SMS nama peserta ke nombor telefon berikut
019-3039845 Ust Asri 019-3775484 Ust Subhi 012-6249055 Ust Ramadhan
Bayaran deposit RM 50 ke akaun RHB - Brilliance MQ Sdn Bhd ( 2123-21000-16400)
Simpan deposit ( Faks ke 03-62771097 u.p BMQ atau serah pada hari program)

PENDAFTARAN
Bermula jam 8 pagi di Anjung C, Masjid Wilayah Persekutuan 7 Disember 2009 ( Isnin)

KEPERLUAN PESERTA
Sediakan kelengkapan pakaian untuk 4 hari :
Lelaki - Pakaian sesi kuliah ( bebas asal sopan dan tutup aurat), pakaian sukan dan pakaian solat,
kopiah & selimut
Perempuan - Pakaian bebas (asal sopan & tutup aurat), t-shirt berlengan panjang dan selimut
Lain-Lain - Keperluan asas spt berus & ubat gigi, sabun & ubat jika peserta menghidap penyakit tertentu

PARA IBU BAPA DIJEMPUT KE MAJLIS PENUTUP PADA RABU (9 Dis) JAM 10 am DI DEWAN MUSLIMAT, MASJID WILAYAH

ANTARA PENGISIAN PROGRAM

· Mengenal Diri Mengenal Tuhan
· Memburu Impian Meraih Kejayaan
· Smart Wuduk & Solat
· Smart Study
· Smart Al Quran
· Smart Imam & Super Bilal
· Mengukir Akhlak Meraut Budi
· Mengenang Jasa Ibu Membalas Jasa Ayah

Sunday, September 6, 2009

Motivasi Excellence In Exam Sempena Ramadhan

5-6 Sept 2009
Masjid Al Mukarramah
135 Peserta Ting 1-5 sekitar Sri Damansara & Damansara Damai
FC : Ust Subhi Asha'ri, Ust Azizul, Ust Ramadhan, Ust Izzat, Ust Din, Abg Wan, Ustazah Tasnim, Kak As & Kak Husni




Aturcara Hari Pertama

Pendaftaran
Ice Breaking Motivasi Excellence In Exam
Slot Matlamat Kejayaan
Slot Tips Pecutan Akhir Peperiksaan
Majlis Sumbangan Bantuan Bersama YB Cik Elizabeth Wong ( Adun Bkt Lanjan)
Berbuka beramai2
Bertarawih beramai2
Program Meneropong Ke Planet Bersama Team Falak Syarie Al Mukarramah


What Is The b'coz..? bersama Jasmine ( Kak Long)..

Aturcara Hari Kedua
Qiamullail
Kuliah Subuh : Akhlak Ibu Bapa & Batas Hubungan Lelaki Wanita
Slot Di Bawah lembayung Kasih Ibu
Slot Tazkirah Alam bersama Abg Izat
Majlis Penutupan & Penyampaian Sijil
Bersurai


Peace ramadhan for all..


Hidangan berbuka tajaan Zulpura Catering...


Slot Lembayung Kasih Ibu....


Kejayaan di dalam peperiksaan juga berkait rapat dengan akhlak kita dengan ibu dan ayah...


Barisan Smart Team yang dilantik....


Zikir selalu menyuci qalbu....Hasbi rabbi jallallah maa fii qalbii ghairullah..


Adun Bukit Lanjan ( YB Elizabeth Wong) dalam majlis penyampaian bantuan fakir miskin..


Kenangan bersama rakan2.......


Belajar berjalan.....



























Salam kecemerlangan buat semua adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan tahun ini. Salam ramadhan dan salam syawal...Tingkatkan amalan jauhi kemungkaran..itulah kebenaran
setiap Insan.

.

Thursday, September 3, 2009

Kursus Pemantapan Aqidah bersama AADK


1-3 Sept 2009
Pusat Pemantapan Aqidah JAKIM, Jelebu, N9
34 peserta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Dalam Negeri

Sesi Ice breaking...

Sesi Ice breaking...

3 hari 2 malam Team BMQ bersama 34 peserta yang terdiri daripada bekas penagih yang dalam proses pemulihan untuk kembali ke pangkuan masyarakat. Agak mencabar untuk melakukan ice breaking bersama para peserta kerana mereka kelihatan agak serius. Namun setelah aktiviti demi aktiviti dijalankan, usaha kami mula membuahkan hasil. Para peserta mula menerima kehadiran kami untuk berkongsi ilmu dengan mereka.



Klinik Al Quran...Peserta melancarkan surah fatihah...

Klinik Al Quran selepas Asar nampaknya semakin mendekatkan kami dengan peserta apabila mereka mula merasakan pentingnya al quran dalam kehidupan . Dalam klinik ini peserta difahamkan terhadap kepentingan al quran, hikmah solat sebagai terapi utama, kesempurnaan mandi hadas serta sedikit tanggungjawab diri. Bacaan al fatihah juga diperbetulkan. Setelah berbuka puasa dengan sedikit kurma dan air mineral, kami bersolat maghrib berjamaah seterusnya menikmati jamuan nasi. Selesai solat Isya dan tarawih, Slot I ( Mengenal Diri) yang dikendalikan dengan baik oleh Ust Subhi Asha'ri mengisi aturcara malam pertama.
LDK I Mengenal Diri...

Kami mempunyai sasaran yang tinggi terhadap peserta dalam program ini. Fokus utama adalah agar mereka dapat berpuasa penuh kerana hampir 90% daripada mereka tidak memenuhi tuntutan itu pada hari pertama. Fokus yang kedua adalah melazimi solat dan mendekati al quran. Alhamdulillah, keesokan harinya hinggalah hari terakhir program kami mendapati kebanyakan daripada mereka berpuasa penuh dan mudah mudahan amalan itu berkekalan hinggalah mereka pulang.

Sesi Qiam dan Laman Nurani...

Hari kedua bermula dengan qiam ringkas iaitu solat tahajjud dan taubat. Ada di kalangan mereka yang pertama kali bertahajjud. Justeru, sesi ini dipermudahkan dengan bacaan yang sederhana serta alunan zikir yang mudah diikuti dengan penjelasan agar mereka memahami konsep dan tujuan qiamullail itu sendiri. Selepas sahur dan solat subuh saya memberikan kuliah subuh ringkas bersempena dengan kemerdekaan iaitu memerdekakan diri dari runtunan hawa nafsu. Kemerdekaan yang sebenar ialah bebas dari belenggu hawa nafsu serta mentaati Allah dalam semua hal. Slot II sebelah pagi dikendalikan oleh Ust Ramadhan melalui tajuk " Aku Masih Belum Terlambat". Alhamdulillah, mereka banyak berkongsi masalah yang dihadapi dan cuba mencari jalan keluar yang terbaik. Kami mendapati kebanyakan mereka menyuarakan masalah yang lebih kurang sama iaitu penerimaan keluarga dan masyarakat serta gagal menahan kemahuan diri terhadap kesilapan lalu.

Slot Pemantapan Solat pada jam 11 pagi hari kedua mula membuka ruang pemikiran peserta terhadap kepentingan solat. Ada di kalangan mereka yang tidak pernah bersolat justeru, setiap rukun dan doa dijelaskan secara terperinci. Saya terpaksa menulis bacaan solat dalam bahasa rumi kerana mereka tidak mahir dengan tulisan jawi. Sesi teori dan praktikal ini saya kira berjaya melalui kesungguhan untuk menghafal setiap bacaan dalam solat yang ditunjukkan peserta. Ini kerana salah satu sebab utama mereka tidak bersolat ialah kerana tidak tahu apa yang hendak dibaca.

Bengkel Solat...

LDK 1 pada sesi petang oleh Ust Subhi mendedahkan peserta dengan tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan agama. Selepas solat asar pula, peserta bertalaqqi bersama Ust Subhi dalam bab Puasa dan tuntutannya. Selesai berbuka dan berterawih Slot Wasiat Iman mengisi malam terkahir. Saya berusaha menjelaskan kepadap para peserta berkaitan dengan Tazkiyatun Nafs iaitu Penyucian Jiwa; Konsep, Tujuan dan Kaedah. Mudah mudahan dengan penerangan ini mereka akan merasai betapa proses penyucian jiwa itu begitu mudah jika kita mengetahui jalan menuju ke arahnya. Sesi recall berkaitan kematian dan azab kubur bermula dengan tayangan proses pengendalian jenazah dan klip ringkas berkaitan azab kubur. Saya cuba membawa peserta meneroka alam permulaan mereka bersama keluarga hinggalah mereka terlibat dengan gejala yang tidak baik sehinggalah mereka diberi peluang semula untuk bertaubat.

Slot Aku Masih Belum Terlambat...


LDK III...

Hari ketiga, LDK II dengan objektif pendedahan ekonomi kepada peserta mendapat respons yang amat baik. Mereka mula berfikir di luar kotak untuk mencipta peluang kerja bukan semata mengharapkan kerja makan gaji sahaja. LDK III merangkap pleno dan resolusi saya sempat memanggil beberapa peserta dan bertanyakan perasaan mereka mengikuti program. Saya melihat kesedaran yang amat tinggi di kalangan peserta untuk membuat perubahan diri. Cuma mereka perlukan sedikit lonjakan dan sokongan dari semua. Apa pun, saya menekankan bahawa insan yang yang baik merubah diri mereka sendiri dahulu, barulah mereka berjaya merubah orang lain. Mereka harus mempunyai daya tahan yang kuat apabila berhadapan dengan keinginan untuk mengambil bahan terlarang itu. Mereka harus membuktikan mereka telah berubah barulah pandangan keluarga dan masyarakat akan berubah.

Cabaran Paku..

Kami mengakhiri program dengan sesi wida' bersalaman dan berpelukan. Kelihatan mereka seolah-olah sebagai sebahagian dari ahli keluarga sendiri. Saya dan rakan rakan trainer amat bersyukur dengan pengalaman pertama kami dalam program sebegini dan kami berharap segala ilmu yang kami curahkan dikira sebagai amal soleh di sisiNya. Sekalung budi setulus hati kepada urusetia AADK ( Ust Syam dan rakan2) serta Ust Kamel ( Penguasa PPAJ), Ust faizal, Ust Najib Ustzh Fatimah dan Ust Afif kerana tidak jemu memanggil kami memberikan sedikit amal di PPAJ.

Menikmati hidangan berbuka..

Monday, August 31, 2009

Motivasi Excellence In Exam Sempena Ramadhan Al Mubarak..

Masjid Al Mukarramah,
Bandar Sri Damansara Kuala Lumpur

29-30 Ogos 2009

181 Peserta tahun 1-6 Kariah Sri Damansara

Program Kali ke-11 sejak 2004




Suasana Qiamullail bermula 4.15 pagi..semua nampak mengantuk tetapi bersemangat..


Selepas penat berQIamullail..bersahur dengan menu nasi putih & ayam masak merah..




Aktiviti di Dewan Program...




Suasana berbuka puasa..



Puasa tetap puasa..riadhah tetap riadhah...

Terima kasih kepada Ybhg Tuan Nazir Masjid Al Mukarramah, Ust Nawawi atas kepercayaan kepada Team BMQ Training selama 6 tahun berturut-turut. Juga kepada FC Team dari KUIS ( Saiful,Safwan,Hamdan, Fitri, Amirul & Syakirin, As, Maznah,Masyitah dan Fadhilah) serta USIM ( Ayu). Semoga Ibadah ramadhan kita diterima sebagai amal di sisiNya insya Allah..

Monday, August 17, 2009

Program Pemantapan Tahfiz & Sahsiah 2009

El Azhar Camp, Morib, Banting Selangor
115 orang peserta dari kalangan pelajar Kelas Tahfiz Masjid Negara, Kuala Lumpur
14-16 Ogos 2009


Syukur alhamdulillah kerana kali ini BMQ berkesempatan buat pertama kali berprogram di El Azhar Camp yang amat selesa dan menarik. Pertama kali juga bersama adik-adik kelas pengajian tahfiz Masjid Negara yang semuanya berkopiah putih dan berjubah ketika menaiki bas ke tapak program. Juga pertama kali bersama barisan FC dari Kolej Universiti Islam Selangor ( Faz,As,Dhia,Akram,Umar,Azfar & Safwan) yang amat produktif pada kali ini. Masih juga pertama kali dengan barisan urusetia dari Masjid Negara yang amat "sporting" dan fleksibel (ustzh Shima & rakan2)


Ustazah Shima ( Pen. Pengarah Bhg Pendidikan Masjid Negara) bersama rakannya dengan aksi kayak..


Barisan FC KUIS dari kiri Ust Akram, kak faz, kak As, Kak Dhia, Ust Umar & Ust Azfar...

Program 3 hari ini menekankan aspek penguasaan teknik menghafal al quran, sahsiah diri dan semangat kerjasama. Banyak aktiviti yang kami lalui bersama adik-adik. Bermula dengan sesi "ice breaking", terus ke taaruf FC dan kumpulan. Masuk hari kedua sesi pengenalan al Quran dan teknik hafalan POWER! adik adik terus ke Quranic Explorace pada sesi petang.Semua berpenat mencari klu tempat yang diberikan oleh FC. Setelah berpenat pada siangnya, malamnya pula berpenat menghabiskan makanan special yang disediakan oleh pengurusan El Azhar Camp.Kambing panggang,ayam bakar dan daging panggang, bersama sotong & udang yang digoreng garing bertepung. Tambah lagi sos lada hitam disudahi dengan desert air tembikai berkrim soda serta puding jelly dan aiskrim...banyaknya makanan?!!!Apa pun saya terpaksa bagi taklimat dulu sebelum makan takut-takut ada adik-adik yang terkejut tengok makanan banyak dan sedap terus luruh jantung dan lupa dunia.

peserta bersolat asar di atas pasir dalam sesi Quranic Explorace..

Macam biasa malam kedua, peserta berada dalam sesi recall untuk menilai dan membuat evaluasi terhadap diri, ibu dan ayah serta agama. Kita namakannya Di Bawah Lembayung Kasih.

Hari ketiga, selepas solat subuh dan riadhah, aktiviti yang best untuk semua bakal2 huffaz iaitu berkayak dan berpelampung mengelilingi kolam yang boleh tahan juga jaraknya. Peserta juga meniti cabaran imbangan diri di atas sebatang pepohon kelapa yang dibuat jambatan.

Program berakhir dengan majlis perasmian penutup oleh YBhg Ustaz Ihsan b Hosni, Penolong Pengarah Kanan, Bhg Pendidikan Masjid Negara. Rasanya semua peserta memperolehi hadiah.Cuma kecil atau besar sahaja. Namun yang penting adalah input yang diperolehi sepanjang 3 hari program. Program ini sekadar mendedahkan teknik dan menyuntik kesedaran. Para peserta harus mengolah teknik dan kesedaran untuk diterjemahkan kepada suatu formula tindakan bagi mencapai matlamat tersebut. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga semakin banyak bakal huffaz yang dilahirkan melalui agenda-agenda dakwah seperti ini.Aminn..


Ust Ihsan ( Pen.Peng,Kanan Bhg Pendidikan Masjid Negara) menyampaikan hadiah kepada peserta diiringi Ust Subhi ( Perunding BMQ)


Merenung titian siratul mustaqim..


Cabaran titi kelapa...apakah aku berjaya ke penghujungnya..


Ust Zul & Ust Subhi dalam meeting QUranic Explorace..


Sesi brainstorming Pengenalan Al Quran..

Sesi pemantapan kumpulan..

Sejuk hati tengok semua adik-adik berkopiah putih...


"Are Long" sedang bagi taklimat disiplin..

Ust Zul membuat lantikan AJK program..

Monday, August 3, 2009

Jadual Program BMQ Ogos - Disember 2009

JADUAL BMQ OGOS 2009




Program Kecemerlangan SPM

7-8 Ogos 2009
SMK Sg. Rawang, Sepang, Selangor

Program Anak Soleh Super Bersama Masjid Negara
15-17 Ogos 2009

El Azhar Camp, Morib, Selangor

Ihya' Ramadhan - Restu Ramadhan 2009
29-30 Ogos 2009
Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara


JADUAL BMQ SEPTEMBER 2009

Ihya' Ramadhan - Restu Ramadhan 2009
5-6 September 2009
Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara

Saturday, July 18, 2009

Program Anakku Gemilang PMR 2009 Semesra

SMK Sg Rawang, Sg Pelek, Selangor
Pelajar tingkatan 3 PMR 2009
"8A Dalam genggamanku"



Slot Matlamat kejayaan bersama Ust Subhi....




Kumpulan ntah apa apa ntah...


Aku akan berusaha mencapai 8A walau apa pun halangannya....


Yang bulat takkan datang bergolek..yang pipih takkan datang melayang...


Membaca wasiat di hadapan ibu ayah tercinta...


Harta rampasan perang...


Tengah bincang apa tuer...?


Kami makan dulu ustaz...sahut pelajar lelaki...

Semoga cemerlang dalam PMR tahun ini untuk pelajar tingkatan 3 SMK Sg Rawang..