Desa Keda Kemangi Campsite..
Thursday, March 25, 2010
Kem Bina Sahsiah Keda Zon Baling 2010
Desa Keda Kemangi Campsite..
Tarikh : 12-14 Mac 2010
Tempat : Desa Keda Kemangi
Peserta : 66 peserta Kg Keda Zon Baling
Desa Keda Kemangi antara yang bertuah kerana mempunyai sebuah campsite yang boleh digunakan untuk program latihan. Dengan kapasiti 1 dewan terbuka, 3 homestay, 10 buah khemah bersaiz 10 orang serta bersebelahan dengan sungai dan kehijauan hutan memberikan ketenangan kepada kami dan peserta berkongsi ilmu.
Kami tiba di Desa Keda Kemangi buat kesekian kalinya bermula 2007. Alhamdulillah, KEDA masih terus memberikan thiqah (kepercayaan) kepada kami untuk mengendalikan program pembangunan minda & sahsiah untuk generasi remaja KEDA. Abg Yuki dan Kak Dah ( Tuan rumah homestay kami) menjamu kami dengan masak lemak ikan tengas . Saya pertama kali merasai masak lemak ikan tengas amat teruja dengan kesedapan dan kesegaran isinya sehingga bertambah nasi 2-3 kali. Ikan tengas adalah spesis ikan air tawar yang tergolong dalam ikan famili ikan kap. Ia biasanya didapati di kawasan air berbatu yang bergerak laju dan jernih. Dimasak tanpa dibuang sisiknya. Inilah menu terbaik pernah kami rasai selepas sebelum ini dijamu dengan gulai daging batang pisang dan sup pelanduk. Abg Yuki dan kawan-kawannya bermalam di hulu sungai untuk memukat ikan tengas dan kami turut merasa hasilnya.
Ikan tengas segar yang dihidangkan kepada kami dalam versi masak lemak cili api..
Dewan terbuka yang boleh menampung 100 peserta dalam satu-satu masa...
Solat berjamaah agenda utama Kem Bina Sahsiah diselang seli dengan alunan zikir munajat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment