115 orang peserta dari kalangan pelajar Kelas Tahfiz Masjid Negara, Kuala Lumpur
14-16 Ogos 2009
Syukur alhamdulillah kerana kali ini BMQ berkesempatan buat pertama kali berprogram di El Azhar Camp yang amat selesa dan menarik. Pertama kali juga bersama adik-adik kelas pengajian tahfiz Masjid Negara yang semuanya berkopiah putih dan berjubah ketika menaiki bas ke tapak program. Juga pertama kali bersama barisan FC dari Kolej Universiti Islam Selangor ( Faz,As,Dhia,Akram,Umar,Azfar & Safwan) yang amat produktif pada kali ini. Masih juga pertama kali dengan barisan urusetia dari Masjid Negara yang amat "sporting" dan fleksibel (ustzh Shima & rakan2)
Ustazah Shima ( Pen. Pengarah Bhg Pendidikan Masjid Negara) bersama rakannya dengan aksi kayak..
Barisan FC KUIS dari kiri Ust Akram, kak faz, kak As, Kak Dhia, Ust Umar & Ust Azfar...
Program 3 hari ini menekankan aspek penguasaan teknik menghafal al quran, sahsiah diri dan semangat kerjasama. Banyak aktiviti yang kami lalui bersama adik-adik. Bermula dengan sesi "ice breaking", terus ke taaruf FC dan kumpulan. Masuk hari kedua sesi pengenalan al Quran dan teknik hafalan POWER! adik adik terus ke Quranic Explorace pada sesi petang.Semua berpenat mencari klu tempat yang diberikan oleh FC. Setelah berpenat pada siangnya, malamnya pula berpenat menghabiskan makanan special yang disediakan oleh pengurusan El Azhar Camp.Kambing panggang,ayam bakar dan daging panggang, bersama sotong & udang yang digoreng garing bertepung. Tambah lagi sos lada hitam disudahi dengan desert air tembikai berkrim soda serta puding jelly dan aiskrim...banyaknya makanan?!!!Apa pun saya terpaksa bagi taklimat dulu sebelum makan takut-takut ada adik-adik yang terkejut tengok makanan banyak dan sedap terus luruh jantung dan lupa dunia.
Macam biasa malam kedua, peserta berada dalam sesi recall untuk menilai dan membuat evaluasi terhadap diri, ibu dan ayah serta agama. Kita namakannya Di Bawah Lembayung Kasih.
Hari ketiga, selepas solat subuh dan riadhah, aktiviti yang best untuk semua bakal2 huffaz iaitu berkayak dan berpelampung mengelilingi kolam yang boleh tahan juga jaraknya. Peserta juga meniti cabaran imbangan diri di atas sebatang pepohon kelapa yang dibuat jambatan.
Program berakhir dengan majlis perasmian penutup oleh YBhg Ustaz Ihsan b Hosni, Penolong Pengarah Kanan, Bhg Pendidikan Masjid Negara. Rasanya semua peserta memperolehi hadiah.Cuma kecil atau besar sahaja. Namun yang penting adalah input yang diperolehi sepanjang 3 hari program. Program ini sekadar mendedahkan teknik dan menyuntik kesedaran. Para peserta harus mengolah teknik dan kesedaran untuk diterjemahkan kepada suatu formula tindakan bagi mencapai matlamat tersebut. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga semakin banyak bakal huffaz yang dilahirkan melalui agenda-agenda dakwah seperti ini.Aminn..
Ust Ihsan ( Pen.Peng,Kanan Bhg Pendidikan Masjid Negara) menyampaikan hadiah kepada peserta diiringi Ust Subhi ( Perunding BMQ)
Merenung titian siratul mustaqim..
No comments:
Post a Comment