Sunday, November 23, 2008

Kursus Bina Sahsiah Keda Zon Langkawi
















Kursus Bina Sahsiah Pelajar Desa Keda Zon Langkawi
15 hingga 18 November 2008
Kem Desa Keda Kemangi, Baling, Kedah
Peserta 73 orang pelajar dari Langkawi

Catatan hari pertama...
Kami menunggu ketibaan adik-adik dari Zon Langkawi di perkarangan Kem Desa KEDA Kemangi..Pelbagai persoalan bermain di benak dan fikiran kami..bagaimanakah corak perangai dan sikap yang bakal kami hadapi..kami sememangnya bersedia dengan apa jua sikap seadanya..kerana itulah tugas hakiki kami sebagai profesional trainer..Keadaan khemah bertaraf 5 bintang telah siap dengan bantal dan tikar. Dewan program yang beratap rumbia dilengkapi PA System mantap, kipas, tikar dan kain penghadang cuaca panas juga sedia menunggu adik-adik di permukiman ilmu Kemangi. Khemah makanan juga telah sedia menghidangkan makanan. Seolah-olah semua gembira ingin menyambut kedatangan adik-adik Langkawi. Akhirnya jam 1.30pm 2 buah bas tiba membawa 73 orang peserta. Kami menyambut adik-adik di pintu bas. Ternampak kelibat peserta lelaki yang kebanyakannya berseluar jeans dan begitu juga peserta wanita menggalas beg masing-masing. Tiada ucapan salam atau apa-apa kata yang kami dapat dari peserta hanya senyuman sinis mungkin kerana belum kenal atau tidak seronok mungkin berada di sini. Nampak kelibat Uzaid (abg Long), Wan, Azril, Fakrul, Nurul, Intan, syuhada, ammar, fatin, aminatul dan semua rakan yang lain. Selesai makan, Ice breaking dan pembahagian kumpulan berlangsung. Peserta dibahagikan kepada 7 group, kami melantik Ketua program dan penolong ( abg Long & kak Long), Tok Mufti dan hos setiap aktiviti. Kami sedaya mungkin cuba menyelami dan membina hubungan baik dengan semua adik-adik. Kami mahu adik-adik seronok menimba ilmu di sini. Setiap gurauan, usikan, perkongsian ilmu, aktiviti yang menarik, zikir dan sedikit pengajaran adalah ramuan kami untuk memastikan 4 hari 3 malam di sini dirasakan singkat sebenarnya..
Catatan hari ke 2, 3 dan 4
Malam hari pertama berakhir dengan sesi night walking meredah kegelapan malam memuhasabah diri. Hari seterusnya kami dapati adik-adik telah mula berani bergurau dan merapati kami. Ust Subhi, Abg Zul, Abg Dhan, kak laila dan Kak As juga semakin mengenali ramai adik-adik. Saya senaraikan aktiviti supaya dapat kita review segala perkongsian kita di sini.
Sesi Ujian Pemahaman Islam : Sempurnakan AqidahMu : Aktiviti Ular dan Naga : Berani Buat Berani Pijak : Kuliah Ada Apa Dengan Cinta : Slot Mengukir Akhlak Meraut Budi : Bersama Keluarga Angkat : Smart Wudhu dan Solat : Epilog Kasih Ibu : Debat Lelaki Lebih Baik dari Perempuan @ Perempuan Lebih Baik Dari Lelaki? : Pleno Anak Soleh : Kuiz dll
Perasaan sebak mengalir di hati kami pada hari keempat. Bas datang tepat 12 tengahari mengambil adik-adik yang telah diisi dengan ilmu dan kesedaran untuk menjadi seorang remaja super. Apa pun, tangisan adik-adik kami doakan agar diiringi dengan kesedaran untuk menjadi manusia terbaik..Kami doakan..
Semoga kecemerlangan terbina melalui kesedaran untuk berubah. Kejayaan lahir dari keikhlasan hati. Kebaikan terserlah apabila sikap kita berubah...Selamat maju jaya...

No comments: