Thursday, October 30, 2008

Profil Trainer BMQ

Sdr. Azizul Asri Ahmad Tajuddin (Dr. In Future)

Latar belakang
Dilahirkan pada 29 Januari 1981 di Negeri Perlis Indera Kayangan. Anak ke-4 daripada 11 orang adik beradik

Pendidikan
Memulakan persekolahan SK Sanglang, Perlis ( 1988-1994), kemudian menyambung peringkat menengah di Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau, Perlis (1994-1999). Seterusnya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri (2000-2002) dalam bahagian Al Quran dan Al Hadith dan menamatkan pengajian di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur ( 2002-2004).

Pengalaman
Berpengalaman mengendalikan program-program pembangunan remaja bermula ketika belajar di peringkat menengah. Termasuk juga program-program pembangunan dan peningkatan mahasiswa di peringkat pengajian tinggi.Menyertai Team BMQ Training pada Disember 2004. Telah mengendalikan hampir 150 siri program bersama BMQ bermula di peringkat rendah sehinggalah ke peringkat belia dan dewasa. Antara penglibatan beliau :
Trainer BMQ Training & Consultancy
Penceramah Undangan Pusat Pemantapan Aqidah JAKIM, Jelebu
Setiausaha Lembaga Pelawat Kompleks Penyayang Bakti Sg. Buloh

No comments: