Friday, October 24, 2008

Kursus Bina Sahsiah Belia KEDA Zon Kulim (20-23 Okt 08)

Kursus Bina Sahsiah Belia KEDA Zon Kulim Tarikh 20-23 Okt 2008 Markas Stesen Pulau Pinang, Bt Feringhi, Pulau Pinang 58 Peserta ( 35 lelaki & 23 perempuan)

Semua gembira nak balik jumpa family masing-masing dengan rambut yang dah dipotong..

Bergambar kenangan bersama peserta perempuan..

Kumpulan kami belajar solat atas jalan tar...

Kumpulan laksamana (Laksa di Mana)....

Kumpulan Terceria....


Kumpulan tercomel...


Kumpulan paling rajin.......


Kumpulan paling kreatif........


Kumpulan paling mantap...

4 hari 3 malam berada di Kem motivasi, diiringi angin bayu pantai yang dingin, panorama yang menarik, penginapan yang selesa serta makanan yang sihat dan sedap..apa lagi yang menghalang kita untuk menerima segala aktiviti dan pengisian yang diberikan.
Mudah-mudahan kursus kali ini dapat menyedarkan adik-adik semua tentang pentingnya kita membentuk sikap yang baik untuk berjaya.Manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan hanya mengubah sikap. Kalau kita masih selesa dengan sikap lama yang tidak baik, kita tidak akan dapat mengubah kehidupan kita. Kita lihat bagaimana Bill Gates, seorang pelajar yang dibuang Universiti Harvard kerana gagal menamatkan pengajian namun akhirnya muncul sebagai individu terkaya di dunia hasil kegigihannya mencipta dan membangunkan perisian microsoft. Pada hari pertama melancarkan perisiannya, Bill Gates menyatakan visinya iaitu "Setiap rumah 1 komputer, Setiap komputer 1 perisian, dan perisian itu adalah Microsoft".

Adik-adik semua jgn lupa dapatkan sijil program serta koleksi gambar di Pejabat Zon 6 KEDA Kulim. Alamatnya KEDA Zon 6 Kulim, No 26 Taman Pelangi, 09000 Kulim Kedah. Sila hubungi En Mohd Nasir Abdullah (017-3819456). Bawa pendrive sekali klu nak amik gambar semua. And then boleh pi cuci di kedai gambar...

No comments: