Al kisah ada seekor tikus yang terlalu takut akan seekor kucing ( sure lah tikus memang takut pada kucing). Setiap hari dia akan bertembung dengan kucing itu dan setiap hari jugalah dia akan bertempiaran lari. Maka pada suatu hari, datang seorang tukang sihir yang simpati dengan tikus itu. Dia ingin menukar tikus itu menjadi haiwan lain agar tikus itu tidak lagi lari bertempiaran apabila berjumpa dengan sang kucing. Maka tikus itu pun ditukar menjadi seekor harimau yang ganas.
Tetapi sang tikus yang telah bertukar menjadi harimau ganas tadi masih melarikan diri apabila bertembung dengan kucing tadi walaupun dia telah menjadi haiwan yang lebih kuat dan ganas. Maka ia berjumpa tukang sihir dan meminta supaya ditukar menjadi seekor beruang yang tersangat ganas. Dah jadi beruang pun apabila jumpa sahaja kucing, masih lagi lari tak pandang belakang. Dia pun hairan kenapa dia masih takut. Akhirnya dia jumpa lagi tukang sihir minta tukar jadi seekor gajah. Mudah mudahan kali ni tikus lebih berani. Setelah menjadi gajah, dia pun mencari di mana kucing. Sebaik sahaja jumpa kucing, perasaan takutnya masih belum hilang dan dia lari mcm dulu jg takut diterkam oleh si kucing.
Akhirnya tikus yg jadi gajah nie pergi jumpa tukang sihir, minta ditukar menjadi tikus semula yang akan sentiasa melarikan diri apabila bertemu dengan si kucing. Dia pasrah menerima hakikat bahawa sang tikus memang menjadi makanan si kucing....tammat
Moral Of The Story..
- Kalau ingin berubah, ubah minda kita dahulu. Ubah cara kita berfikir. Cara kita meletakkan standard terhadap sesuatu. Upgrade level of thinking.
- Jangan mengharapkan orang lain untuk merubah diri anda, anda yang harus mulakan dengan diri anda.
- Mulakan perubahan sekarang, jangan bertangguh lagi kerana masa sentiasa berjalan.
No comments:
Post a Comment