Thursday, October 30, 2008

Profil Trainer BMQ

Sdr. Azizul Asri Ahmad Tajuddin (Dr. In Future)

Latar belakang
Dilahirkan pada 29 Januari 1981 di Negeri Perlis Indera Kayangan. Anak ke-4 daripada 11 orang adik beradik

Pendidikan
Memulakan persekolahan SK Sanglang, Perlis ( 1988-1994), kemudian menyambung peringkat menengah di Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau, Perlis (1994-1999). Seterusnya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri (2000-2002) dalam bahagian Al Quran dan Al Hadith dan menamatkan pengajian di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur ( 2002-2004).

Pengalaman
Berpengalaman mengendalikan program-program pembangunan remaja bermula ketika belajar di peringkat menengah. Termasuk juga program-program pembangunan dan peningkatan mahasiswa di peringkat pengajian tinggi.Menyertai Team BMQ Training pada Disember 2004. Telah mengendalikan hampir 150 siri program bersama BMQ bermula di peringkat rendah sehinggalah ke peringkat belia dan dewasa. Antara penglibatan beliau :
Trainer BMQ Training & Consultancy
Penceramah Undangan Pusat Pemantapan Aqidah JAKIM, Jelebu
Setiausaha Lembaga Pelawat Kompleks Penyayang Bakti Sg. Buloh

Motivasi hari ini....Perubahan bermula denganmu..


Perubahan diri bermula dengan minda kita. Minda berupaya menjadi suatu jentera yang hebat jika pemandunya memiliki kemahiran pemanduan yang jua sama hebat. Bayangkan sebuah kereta Ferrari yang berenjin Turbo diberikan kepada seorang yang tidak tahu memandu. Sudah pasti Ferrari itu tidak dapat digerakkan. Mungkin ia menjadi sebuah tempat menyimpan baju atau tempat memasak ( jika orang yg tak tahu drive tu seorang tukang masak).

Al kisah ada seekor tikus yang terlalu takut akan seekor kucing ( sure lah tikus memang takut pada kucing). Setiap hari dia akan bertembung dengan kucing itu dan setiap hari jugalah dia akan bertempiaran lari. Maka pada suatu hari, datang seorang tukang sihir yang simpati dengan tikus itu. Dia ingin menukar tikus itu menjadi haiwan lain agar tikus itu tidak lagi lari bertempiaran apabila berjumpa dengan sang kucing. Maka tikus itu pun ditukar menjadi seekor harimau yang ganas.

Tetapi sang tikus yang telah bertukar menjadi harimau ganas tadi masih melarikan diri apabila bertembung dengan kucing tadi walaupun dia telah menjadi haiwan yang lebih kuat dan ganas. Maka ia berjumpa tukang sihir dan meminta supaya ditukar menjadi seekor beruang yang tersangat ganas. Dah jadi beruang pun apabila jumpa sahaja kucing, masih lagi lari tak pandang belakang. Dia pun hairan kenapa dia masih takut. Akhirnya dia jumpa lagi tukang sihir minta tukar jadi seekor gajah. Mudah mudahan kali ni tikus lebih berani. Setelah menjadi gajah, dia pun mencari di mana kucing. Sebaik sahaja jumpa kucing, perasaan takutnya masih belum hilang dan dia lari mcm dulu jg takut diterkam oleh si kucing.

Akhirnya tikus yg jadi gajah nie pergi jumpa tukang sihir, minta ditukar menjadi tikus semula yang akan sentiasa melarikan diri apabila bertemu dengan si kucing. Dia pasrah menerima hakikat bahawa sang tikus memang menjadi makanan si kucing....tammat



Moral Of The Story..


  • Kalau ingin berubah, ubah minda kita dahulu. Ubah cara kita berfikir. Cara kita meletakkan standard terhadap sesuatu. Upgrade level of thinking.

  • Jangan mengharapkan orang lain untuk merubah diri anda, anda yang harus mulakan dengan diri anda.

  • Mulakan perubahan sekarang, jangan bertangguh lagi kerana masa sentiasa berjalan.






Friday, October 24, 2008

Kursus Bina Sahsiah Belia KEDA Zon Kulim (20-23 Okt 08)

Kursus Bina Sahsiah Belia KEDA Zon Kulim Tarikh 20-23 Okt 2008 Markas Stesen Pulau Pinang, Bt Feringhi, Pulau Pinang 58 Peserta ( 35 lelaki & 23 perempuan)

Semua gembira nak balik jumpa family masing-masing dengan rambut yang dah dipotong..

Bergambar kenangan bersama peserta perempuan..

Kumpulan kami belajar solat atas jalan tar...

Kumpulan laksamana (Laksa di Mana)....

Kumpulan Terceria....


Kumpulan tercomel...


Kumpulan paling rajin.......


Kumpulan paling kreatif........


Kumpulan paling mantap...

4 hari 3 malam berada di Kem motivasi, diiringi angin bayu pantai yang dingin, panorama yang menarik, penginapan yang selesa serta makanan yang sihat dan sedap..apa lagi yang menghalang kita untuk menerima segala aktiviti dan pengisian yang diberikan.
Mudah-mudahan kursus kali ini dapat menyedarkan adik-adik semua tentang pentingnya kita membentuk sikap yang baik untuk berjaya.Manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan hanya mengubah sikap. Kalau kita masih selesa dengan sikap lama yang tidak baik, kita tidak akan dapat mengubah kehidupan kita. Kita lihat bagaimana Bill Gates, seorang pelajar yang dibuang Universiti Harvard kerana gagal menamatkan pengajian namun akhirnya muncul sebagai individu terkaya di dunia hasil kegigihannya mencipta dan membangunkan perisian microsoft. Pada hari pertama melancarkan perisiannya, Bill Gates menyatakan visinya iaitu "Setiap rumah 1 komputer, Setiap komputer 1 perisian, dan perisian itu adalah Microsoft".

Adik-adik semua jgn lupa dapatkan sijil program serta koleksi gambar di Pejabat Zon 6 KEDA Kulim. Alamatnya KEDA Zon 6 Kulim, No 26 Taman Pelangi, 09000 Kulim Kedah. Sila hubungi En Mohd Nasir Abdullah (017-3819456). Bawa pendrive sekali klu nak amik gambar semua. And then boleh pi cuci di kedai gambar...

Saturday, October 18, 2008

Kursus Bina Sahsiah KEDA Zon Pendang (Ogos 08)

night walking - bina keyakinan-cungkil sisi gelap peserta...

Slot Matlamat Kejayaan..

Mengukir Akhlak Meraut Budi







Adik-adik zon pendang nie..semuanya nampak baik2..cuma pelajar perempuan nampak ganas skt dari lelaki..maybe sbb jumlah depa ramai kot..apa pun..dlm masa 4 hari kat kemangi nie, rasa seronok pulak..Antara pengisian menarik :
Matlamat kejayaan
Mengukir akhlak meraut budi
Smart Aqidah
Anak Soleh Idol
Di Bawah Lembayung Kasih Ibu
Night walking
Kenal2 orang kampung keda kemangi..
Makan gulai daging dgn batang pisang (slruupp..alhamdulillah)

Ust perlu ambil masa jg untuk kenal dan ingat semua adik adik dari pendang kali nie..tp maaf lah..tak ingat semua..yang ingat tu pasal ada sebab la..mcm hidayah coz suka melatah..along dan kak long confirm lah pasal depa ketua..shima, atikah dan banyak lagi lah..

Hari ke 3 hujan meluru masuk ke dalam khemah..semua tidur dlm keadaan basah dan sejukk...apa pun..inilah cubaan untuk menjadi remaja tahan lasak..

Thursday, October 16, 2008

Kursus Bina Sahsiah KEDA Zon Padang Terap

Kursus Bina Sahsiah Pelajar Desa KEDA
16-19 Ogos 2008



Bersama peserta wanita...



peserta lelaki....



Program kali nie melibatkan hampir 80 orang peserta dari perkampungan KEDA Zon Padang Terap. Antaranya Kg. KEDA Pong, KEDA Kg. Bagan, KEDA Jabi, KEDA Bt. 13, KEDA Bkt Kura, KEDA Bukit Ular, KEDA Pasir Putih, KEDA Tok Teri - Menarik bukan nama kg2 kat sini?..




4 hari 3 malam berkampung di Desa Kemangi Camp Site di Baling, Kedah Darul Iman..opss silap..Darul Aman..

Program Terkini (Oktober-November 08)

JADUAL BMQ TRAINING (OKTOBER - DISEMBER 2008)
OKTOBER 2008
1. Kursus Bina Sahsiah Belia KEDA Zon 6 Kulim (Tertutup)
20-23 Okt 2008
Markas Staf Stesen Batu Feringhi, Pulau Pinang
2. Program Kecemerlangan SPM 2008 (Tertutup)
31 Okt - 1 Nov 2008
SMK Sg. Rawang, Sepang, Selangor
NOVEMBER 2008
1. Kursus Bina Sahsiah Pelajar Desa KEDA Siri 3
15 -18 Nov. 2008
Kem Desa KEDA Kemangi, Baling, Kedah
2. Kursus Bina Sahsiah Pelajar Desa KEDA Siri 4
19-22 Nov. 2008
Kem Desa KEDA Kemangi, Baling, Kedah
3. Kursus Bina Sahsiah Pelajar Desa KEDA Siri 5
30 Nov - 3 Dis. 2008
Kem Desa KEDA Kemangi, Baling, Kedah
4. Kursus Bina Sahsiah Pelajar Desa KEDA Siri 6
4 - 7 Dis 2008
Kem Desa KEDA Kemangi, Baling, Kedah
5. Program Anak Muslim Sejati (Program terbuka)
13-14 Dis. 2008
Masjid Ubudiyyah, Segambut Dalam, Kuala Lumpur
Peserta 9-15 tahun / Yuran RM 10 (Masjid Ubudiyyah menaja selebihnya)
* Peserta bermalam di masjid - Keperluan pakaian sesi solat, pakaian sesi riadhah dan kuliah, brg keperluan diri - Kami sediakan makanan 6 kali sehari, bahan kursus, trainer, FC, sijil dan cenderahati)
6. Program Cintai Islam PERKIM Selayang Baru
27 Disember 2008 ( Program tertutup)
Janda Baik, Pahang
Alhamdulillah, BMQ Training meneruskan perjuangan Syawal ini dengan 2 program berturut iaitu :

happy nampak...

Program Kecemerlangan SPM 2008
SMK Sg. Rawang (SEMESRA) Sepang, Selangor
Peserta : 150 orang Pejuang SPM SEMESRA
Tarikh : 17 hingga 18 Oktober 2008
Tempat : SMK Sg. Rawang, Sepang, Selangor

Program ini bertujuan mendedahkan para pelajar dengan persiapan akhir bagi menghadapi SPM, menangani stress, teknik pecutan akhir, tahu apakah level pengajian seterusnya serta motivasi diri. Hope will be success!The next program is :

Bestnya batu feringghi...


Kursus Bina Sahsiah Belia KEDA Zon Kulim Bandar Bharu, Kedah Darul Aman
Peserta : 80 belia dan beliawanis Zon Kulim Bandar Bharu
Tarikh : 20 hingga 23 Oktober 2008
Tempat : Kem Tentera Batu Feringghi, Pulau Pinang (Tempat yang cantik,tepi pantai)

Program ini bertujuan mendedahkan para belia tentang hala tuju mereka. Juga untuk membentuk persepsi yang positif terhadap perubahan diri, keluarga dan masyarakat.Nantikan kedatangan kami..selamat menikmati pasembor padang kota..!

Setelah selesai Kursus Bina Sahsiah bagi Zon Pendang & Padang Terap yang diadakan di Kem Desa Keda Kemangi pada cuti sekolah Ogos lepas, kali ini kami akan pulang sekali lagi bertemu adik-adik tingkatan 2 & 4 bagi empat lagi zon keda bermula 15 November 2008. BMQ akan berkampung di Kemangi lagi selama sebulan setengah. Kali nie Team trainer BMQ ialah Ust Subhi, Ust Zul, abg Dhan, Kak Tasnim dan Kak Wa.