Monday, March 22, 2010

Kursus Bina Sahsiah Super Keda Pasir Putih


Gateway to Desa Keda Pasir Putih...

Program : Kursus Bina Sahsiah
Tarikh : 18-20 Mac 2010
Tempat : Desa Keda Pasir Putih, Padang Terap, Kedah Darulaman
Peserta : Pelajar lelaki & wanita berusia 11-16 tahun


Segala puji & syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan keizinanNya, BMQ berjaya menyudahkan amanah yang dipertanggungjawabkan untuk bersama-sama anak-anak KEDA, membuka minda dan ruang fikiran mereka untuk memulakan agenda perubahan seterusnya merubah nasib diri dan keluarga. Hanya dengan pendidikan akan merubah situasi kehidupan kita.

Panas terik menyambut ketibaan kami di Desa Keda Pasir Putih dengan suhu di papan meter SUV menunjukkan 38"celcius. Kami disambut mesra oleh JK4P Keda Pasir Putih yang diketuai oleh En. Mat Din Arifin, En Zamri, En Suhaimi, Kak Wa, UStazah Kasma, Kak Teh dan ramai lagi. Peserta pun sudah kelihatan menunggu di bawah khemah yang dipasang untuk penyediaan makanan. Kelihatan senyuman terukir di wajah mereka memandangkan ada peserta yang telah bersama BMQ untuk program sebelum ini di Keda Bendang Man dan Keda Kemangi.

Surau Desa Keda Pasir Putih tempat kami mencurah bakti...

Peserta lelaki membantu BMQ memunggah barang dari kereta masuk ke dalam surau. " Bagus jugak budak-budak nie". Detik kami dalam hati.Jam 3.30 petang program bermula dengan sesi pengenalan FC, taklimat program dan suai kenal termasuk ice breaking. Kelihatan para peserta responsif terhadap percakapan kami. Mungkin tiga hari di sini bakal menjadi kenangan yang paling seronok dan indah buat kami dan peserta.



Bergambar di sisi Surau Desa Keda Pasir Putih...


Sesi perpisahan..


Tiada yang lebih indah selain pertemuan dan perpisahan kerana Allah..


All The Best To All Of You...



Kak Teh & Ustazah Kasma - CEO Makanan




Peserta perempuan bersama Cabaran Paku Besi..



Pak Din (Pengerusi JKP4P) berdiri kiri bersama En Zamri (Tengah) dan Ust Subhi (Kanan) saling bertukar buah tangan..



Lepas nie boleh jadi tukang buat rumah...



Dalam sesi Cabaran Kertas...


Aktiviti kumpulan terhebat...


Masih malu-malu membuat pembentangan..


Antara pembentangan terbaik kumpulan..



Peserta lelaki yang happy...


Peserta wanita yang comel-comel dan baik hati....
Tiga hari dua malam tidaklah begitu panjang detik kiraannya. Antara pengisian yang kami tekankan untuk peserta ialah memulakan agenda perubahan. Perubahan imej, cara berfikir, sikap terhadap ibu bapa, pelaziman ibadah solat dan al quran adalah sinergi internal dan external untuk berjaya. Minda perlu diaktifkan untuk merangsang semangat belajar. Alhamdulillah, kelihatan para peserta mula menyambut idea kami dari respons dan kehadiran mereka dalam setiap slot yang disusun. Begitu juga kaum ibu yang bertungkus lumus membuat penyediaan makanan sehingga perut kami semua tak sempat berehat! Paling tidak dilupakan ikan pekasam yang digoreng bersama cili dan bawang. Sememangnya mencetuskan selera untuk kembali ke sana sekali lagi.

Saturday, February 27, 2010

Membetulkan Yang Biasa & Membiasakan Yang Betul


Salam motivasi kepada semua pengunjung. Kadang-kadang, apa yang biasa kita lakukan tidak semestinya betul walau pun kita merasakannya betul. Yang menentukan betul atau tidak sesuatu perkara atau kepercayaan itu pada diri kita bergantung kepada maklumat yang kita ada. Mungkin maklumat itu dari bahan bacaan, kawan-kawan, guru sekolah atau didikan ibu dan bapa kita. Kepercayaan, pegangan, tindakan atau amalan inilah yang menentukan siapa diri kita. Kadang-kadang kita tahu apa yang kita lakukan atau apa yang kita percayai itu kurang betul atau memang tidak betul langsung namun dek kerana selalu melakukannya atau itulah sahaja maklumat yang kita ada, maka kita malas atau tidak bersedia merubahnya.

Sebab itu masih ramai umat melayu yang masih percaya kepada bomoh dan tangkal. Kerana itu jugalah Seorang Pak Lebai yang sentiasa bersolat berjamaah di masjid namun apabila anaknya kena rasuk hantu atau barangnya hilang masih berjumpa tok bomoh untuk berubat dan menilik. Kenapa? Mungkin kerana itulah kepercayaannya sejak dia kecil. Dia mewarisi kepercayaan itu dari ibu dan bapanya, dari orang kampungnya dan kepercayaan itu dibawa sehingga liang lahad. Walau pun ramai juga orang kampungnya yang tidak percaya kepada si bomoh tadi. Pak Lebai tadi tak sanggup menukar kepercayaannya bahawa yang menyembuh ialah Allah s.w.t di samping usaha yang betul serta yang menjumpai barang hilang ialah polis walaupun dia pernah mendengar ceramah di masjid berkaitan dengan syirik dan tauhid.

Mari kita lihat situasi di bawah :

Razak seorang pekerja yang bermasalah. Datang kerja selalu lewat dan kerjanya tidak produktif. Tugasannya jarang disiapkan mengikut masa dan Razak mempunyai masalah komunikasi dengan rakan-rakan kerjanya. Dia juga seorang yang tidak mementingkan penampilan diri. Jarang memakai stoking dengan baju berkedut serta badan berbau. Dia tidak mempunyai ramai kawan kerana sikapnya serta masalah disiplinnya itu.

Khairul pula seorang eksekuti syarikat swasta. Masalahnya Khairul mempunyai sikap suka bertangguh. TNB selalu menghantar surat merah (amaran pemotongan) kerana dia lewat membayar bil. Begitu juga dengan installment kereta yang kadang-kadang bertangguh sehingga 3-4 bulan. Setelah pihak bank menghantar surat dan pegawai mereka menelefon Khairul barulah dia menyelesaikannya. Bil telefonnya juga selalu ditamatkan (call barring) suka bertangguh.

Atikah tidak disukai rakan sekelas dan guru-gurunya. Ini kerana dia apabila bercakap selalu meninggi diri dan berbangga dengan kekayaan bapanya yang merupakan ahli perniagaan berjaya. Dia suka menunjuk-nunjuk barang miliknya seperti telefon, beg, alat solek dan sebagainya serta membanding-bandingkan pula dengan rakan-rakan lain.

Ahmad seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Pada peperiksaan sebelumnya ( UPSR dan PMP), keputusan Ahmad tidaklah membanggakan, hanya cukup-cukup makan sahaja. Ini kerana Ahmad hanya mengulangkaji pelajaran bila dia rasa rajin untuk belajar. Selebihnya dihabiskan masa di kafe siber, menonton tv dan melepak bersama kawan-kawan yang satu mazhab pemikiran dengannya. Apakah anda rasa Ahmad boleh berjaya dalam SPM tahun ini dengan sikap belajarnya itu? Ahmad pun tahu sikap belajarnya itu tidak akan membuatkan dia berjaya dalam SPM tahun ini.



Program Bina Sahsiah Super! Keda Bendang Man Resort, Baling Kedah 2008

Baik! Soalan pertama, apakah individu di atas ingin berubah? Ya! Mereka tahu mereka bermasalah tetapi tidak ingin keluar dari masalah tersebut. Kenapa? Kerana mungkin selesa dengan keadaan sedia ada atau masih wujud halangan minda untuk melakukan perubahan. Selesa dengan kebiasaan. Mereka harus dan wajib membetulkan apa yang BIASA mereka lakukan sehingga mereka berada dalam situasi tersebut. Tukar budaya, tukar cara berfikir, asah kemahiran komunikasi dan cuba berubah. Kalau tadi mereka sudah betulkan apa yang biasa mereka lakukan walau pun salah, sekarang mereka harus membiasakan diri dengan perkara yang betul pula. Tindakan baru akan menghasilkan keputusan baru. Kebiasaan yang betul akan membuahkan hasil yang membanggakan.

Eh Khairul! Lepas nie jangan bertangguh lagi! Bayar semua bil on time ( ikut masa). Minta isteri atau kawan ingatkan anda. Hidup anda pasti akan lebih tenang jika anda membentuk budaya baru yang lebih baik.

Untuk Razak, kunci jam anda supaya bangun awal. Letakkan jam loceng di atas almari yang tinggi supaya bila berbunyi anda terpaksa bangun dan bersusah payah menutupnya. Mungkin mengantuk boleh hilang. Kalau satu jam loceng tidak cukup, belilah 10 lagi jam loceng. Siapkan pakaian lebih awal. . Jangan pula lupa mandi pagi. Anggapkan kalau tak pakai stoking pergi kerja seolah-olah anda terlupa memakai seluar ke tempat kerja. Latih diri dengan senyuman. Buat perancangan kerja. Insya Allah, dunia di hujung jari anda.

Atikah, lihatlah drama tv atau filem. Watak antagonis biasanya suka menunjuk, tidak memikirkan perasaan orang lain dan selalunya berlagak. Apa perasaan anda menontonnya? Sudah pasti rasa meluat dan mungkin kalau anda jumpa pelakon itu di luar, mungkin anda akan menjelirkan lidah kepadanya. Letakkan diri anda di tempat penonton. Pasti rasa tidak suka menjengah hati. Jadi, tukar sikap kita. Semakin merendah diri seseorang itu, semakin tinggi pula pandangan manusia kepadanya.

Tukarlah cara belajar awak wahai Ahmad! Pelbagaikan cara. Cari kawan baru yang lebih minat belajar. Susunlah masa belajar dan konsisten dalam mengikutinya. Tukar sekolah juga tidak mustahil kalau itulah halangan yang sukar sekali.



BMQ Fc Team bersama salah seorang peserta cemerlang Kem Bina Sahsiah Super! 2008

Untuk melakukan perubahan, manusia biasanya akan memikirkan proses untuk berubah itu suatu yang memeritkan. Mereka tidak memikirkan penghujungnya Sepatutnya fikirkan kesannya yang lebih berharga dan seronok. Bayangkan mungkin Ahmad sedaya upaya berubah dan proses melakukan perubahan itu agak sukar,namun bayangkan kalau Ahmad berjaya mendapat 8A. Tidakkah berbaloi. Jadi antara formula perubahan ialah fikirkan penghujungnya dan bayangkan apakah yang akan aku dapat kalau aku berubah. Jangan meletakkan tempoh untuk berubah, berubahlah sekarang untuk masa depan lebih gemilang.

Mungkin juga boleh gunakan teknik "train starting" iaitu ikut bagaimana keretapi bergerak. Pada awalnya ia bergerak perlahan dan akhirnya semakin laju dan laju. Sememangnya sukar untuk memulakan perubahan. Rasa susah, rasa malas dan sebagainya. Namun jika kita sudah memulakannya dan telah merasa sedikit hasilnya, saya kira proses perubahan akan menjadi lebih seronok dan menyenangkan. Mungkin Ahmad telah berubah sedikit dari aspek cara pembelajarannya dan di dalam peperiksaan penggal pertamanya tahun ini, dia telah mendapat nombor bawah 10 dengan peratus yang agak tinggi. Jadi sedikit perubahan telah menunjukkan pencapaian maka dia sudah pastinya akan melipatgandakan usaha untuk terus mencapai kejayaan yang lebih dan lebih. Justeru, dengan sedikit lonjakan akan mudah membantu kita berubah untuk mendapat atau mencapai sesuatu yang diinginkan.
Untuk belajar sesuatu, kita mestilah mementingkan prosesnya. Jawapan tidak penting. Namun untuk membuat perubahan, kita WAJIB memikirkan jawapannya atau keputusannya.

Wednesday, February 3, 2010

Motivasi Anak Soleh Cemerlang Exam@2010


Salam hormat buat semua pengunjung. Jentera BMQ buat kesekian kalinya menganjurkan PROGRAM Motivasi Anak Soleh Cemerlang Exam@2010 . Fokus bagi penganjuran kali ini adalah untuk membentuk hala tuju dan matlamat yang jelas dalam diri setiap pelajar ke arah pembelajaran yang lebih efektif serta pada masa yang sama membina suatu sikap atau nilai (value creating) kecemerlangan diri. Sikap membentuk semangat belajar. Sikap adalah kunci kecemerlangan.Mahligai kecemerlangan dibuka menggunakan kunci sikap.

BMQ Training telah memilih 2 tempat utama untuk memudahkan ibu bapa menghantarkan anak-anak mereka iaitu bagi kawasan Kuala Lumpur bertapak di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta serta di kawasan Petaling bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Berikut adalah maklumat lanjut :




PROGRAM 1
Program : Motivasi Anak Soleh Cemerlang Exam 2010
Tarikh : 20 Februari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 6.00 ptg
Yuran : RM 50.00 ( Merangkumi makan minum, modul dan trainer
Daftar : Bawa peserta pada 20 Feb (Sabtu) 8.30 pg ke perkarangan Masjid Negeri,
Shah Alam
Keperluan : Pakaian menutup aurat, buku nota & pen

Untuk mendaftar, sila hubungi Ust Ramadhan Hj Ahmad di talian 012-6249055 seterusnya membuat bayaran penuh RM50.00 melalui akaun Maybank bernombor 1621-51711-512 atas nama RAMDHAN HJ AHMAD

PROGRAM 2



Program : Motivasi Anak Soleh Cemerlang Exam 2010
Tarikh : 21 Februari 2010 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 6.00 ptg
Yuran : RM 50.00 ( Merangkumi makan minum, modul dan trainer
Daftar : Bawa peserta pada 21 Feb (Sabtu) 8.30 pg ke Anjung C, Masjid Wilayah
Keperluan : Pakaian menutup aurat, buku nota & pen

Untuk mendaftar, sila hubungi Ust Aziz di talian 019-3039845 seterusnya membuat bayaran penuh RM50.00 melalui akaun Maybank bernombor 16439-7938-289 atas nama Azizul Asri Hj Ahmad Tajuddin

Saturday, January 9, 2010

Akhiratkan Masa Dalam Hidup Kita



Setiap tahun kita menyambut tahun baru. Sama ada dalam kalendar Masihi atau Hijriah. Banyak azam baru yang berlegar di fikiran. Pelbagai matlamat diletakkan untuk dicapai dalam kepala dan benak fikiran kita. Walau pun mungkin azam tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya masih belum tercapai namun itu semua tidak merencatkan kita semua untuk berazam.

Satu perkara yang pasti, sama ada kita meletakkan azam atau pun tidak. Atau pun kita membuat sambutan tahun baru atau sebaliknya, masa akan terus berlalu. Usia kita akan semakin bertambah. Kulit yang dulunya tegang mula semakin mengendur. Tenaga kita yang kuat semakin hari berkurang. Mungkin dulu kita seorang pemuda yang gagah atau pun seorang remaja perempuan yang cantik tetapi mungkin hari ini kita menjadi mengah dan tidak segagah dulu. Seorang puteri yang cantik tetap akan berubah menjadi seorang nenek andai Allah memanjangkan tabung hayatnya. Rambut yang hitam kian memutih. Suara yang halus menjadi kasar dan tersekat-sekat. Mungkin dulunya kita bebas memakan apa sahaja, tetapi hari ini terpaksa menahan keinginan atas halangan kesihatan.

Satu perkara yang pasti, biar masa berlalu, tahun bertambah, detik tidak berhenti, kita semua pasti akan mati. Meninggalkan insan lain melalui proses putaran yang sama. Semuanya akan mati. Biar apa yang kita lakukan sepenting mana pun urusannya, sebesar mana pun kuasa kita, namun jika Izrail memulakan tugasnya, kita terpaksa meninggalkan semua.


“Wahai orang yang beriman. Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap jiwa melihat apa yang ia sediakan untuk hari esok (hari pembalasan) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu lakukan” (Al-Hasyar : 18)

Apa maksud subjek perbincangan kita? Akhiratkan masa kita? Maksudnya biarlah setiap urusan kita diakhiratkan. Ada pahala dan kebaikan. Bermula dari sekecil-kecil urusan hinggalah sebesar-besar perkara, biarlah semuanya diakhiratkan. Kalau kita bekerja, bekerjalah dengan ikhlas dan penuh amanah. Kalau kita berurusan dengan manusia, tepatilah janji, jagalah akhlak dan tutur bicara. Kalau kita belajar, belajarlah dengan bersungguh-sungguh dengan tujuan mencari ilmu untuk mengenal Allah, memberi manfaat kepada manusia lain. Bukan untuk membanggakan diri dan menunjuk-nunjuk kepandaian kita. Kalau kita berharta, janganlah bongkak dengan kekayaan atau kelebihan kita. Jangan ada perasaan bongkak dalam diri. Niat boleh mengubah status amal. Dari amal yang baik menjadi dosa bahkan mungkin dosa besar. Berpakaian yang baik adalah suatu sunnah dan berpahala tetapi jika berpakaian kerana ingin menunjuk status dan kemampuan diri maka terselitlah rasa riak & takabbur dalam diri yang merupakan suatu dosa besar.
Hidup ini adalah tempat persinggahan untuk mencari bekalan dan menempuh ujian. Sama seperti R&R di lebuhraya tempat kita berhenti. Kita akan meneruskan perjalanan hinggalah ke destinasi akhir kita. Kalau kita berjuang, bukan kita yang memulakan perjuangan ini. Kita hanyalah mata rantai-mata rantai yang terus ada hinggalah kita tersadai binasa dan digantikan dengan mata rantai-mata rantai yang baru. Justeru, AKHIRATKAN masa kita..Allahumma Amiiin..

Thursday, December 24, 2009

Selamat Pengantin Baru



"Pasangan pengantin baru ( Ust Ramadhan & Ustazah Sohida) diapit oleh pasangan pengantin lama (tetapi tetap baru - Ust Aziz dan Ustazah Raihan) di Majllis pernikahan raja sehari"..
Rasa belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru Selamat Berbulan Madu kepada salah seorang Trainer BMQ iaitu Ybhg Ustaz Ramadhan Al Mubarak Hj Ahmad dengan pasangannya Puan Sohida bt Jamil. Setelah mengenali hampir 2 tahun, pasangan ini memeterai ikatan sah pada tanggal 5 Disember 2009 di Kubang Rotan, Kedah Darul Aman. Pasangan Ustaz Ramadhan juga merupakan salah seorang tenaga BMQ Training sebelum berhijrah menjadi guru di salah sebuah sekolah di Langkawi.
Sabda nabi s.a.w :
"Apabila seseorang itu telah berkahwin, maka dia telah menyempurnakan separuh dari urusan agama. Dan hendaklah dia bertaqwa selebihnya"
( HR Al Baihaqi)
Kami berharap pasangan ini kekal bahagia dan diberkati seluruh hidup mereka. Semoga Ust Ramadhan menghabiskan cuti sebulan dengan semaksimum mungkin dan dapat meneruskan kecemerlangan demi agenda BMQ Training 2010.

PMR Oh PMR!



Pelajar Sekolah Seni (dari kiri) Munirah Musa, Razanah Syariah Asmantor, Reena Fitri Syahriah Abdul Razak dan Athirah Najwa Rosely berkongsi kegembiraan selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 di Johor Bahru hari ini. - Gambar RAJA JAAFAR ALI

Antara perkara menarik dalam PMR tahun ini :

Keputusan PMR 2009 - Lebih 28,000 Pelajar Peroleh Semua A

Bilangan calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat A dalam semua subjek meningkat 1,810 atau 0.41 peratus kepada 28,188 berbanding 26,378 tahun lalu.Ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan itu di Putrajaya, Khamis, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya.Beliau berkata calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008 manakala 87,936 pelajar melepasi tahap minimum (A,B,C,D) berbanding 88,565 tahun sebelumnya."Pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lepas," katanya.

PMR 2009 - Pelajar Cacat Penglihatan Dapat 7A, Dua 6A

Pencapaian cemerlang seorang pelajar orang kurang upaya (OKU)) mendapat 7A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) mengejutkan pengetua Sekolah Menengah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan di Setapak, Kuala Lumpur - Khamis."Saya terkejut kerana inilah pertama kali pencapaian akademik pelajar meningkat sehinggakan seorang pelajar istimewa tahun ini mendapat A dalam semua mata pelajaran," kata pengetua sekolah berkenaan Che Fatimah Che AbdullahHanson Ang Ping Ting berjaya mendapat 7A manakala dua yang lain, Tan Ee Beng dan Mohammad Razlan Ibrahim Mukhtar, masing-masing mendapat keputusan 6A.Ang, yang berada di Seremban bersama keluarganya, telah menghubungi sekolah dengan telefon untuk mendapat keputusannya.Che Fatimah turut bergembira kerana 13 daripada keseluruhan 20 pelajar sekolah tersebut yang mengambil PMR tahun ini mencatat kejayaan cemerlang, sekaligus menaikkan pencapaian kecemerlangan sekolah itu kepada 60 peratus berbanding 38.5 peratus pada tahun lepas."Usaha guru yang gigih dan komited perlu ada untuk mengajar pelajar istimewa kerana mereka memerlukan perhatian yang lebih berbanding pelajar normal," kata Che Fatimah.


Bagaimana dengan ANDA???

Soalan pertama yang ingin saya tanyakan ialah adakah keputusan itu sebagaimana yang adik-adik inginkan? Atau tidak begitu tepat atau pun jauh benar dari target asal. Walau apa pun keputusannya, terimalah dengan hati terbuka. Jauhi sifat berputus asa dan mengalah. Kalau resultnya cemerlang, bersyukurlah. Kalau cukup makan berSYUKURLAH dan kalau jauh dari target asal pun BERSYUKURLAH!!! Itulah ketetapan. Anda telah berusaha. Ingat pesanan Mahatma Ghandi bahawa " Kemenangan itu adalah perjuangan bukannya natijah".

Justeru, jika anda sememangnya telah berjuang sedaya mungkin untuk meraih keputusan cemerlang, namun tidak mendapatnya, yakinlah sebenarnya anda telah menang! Usaha itulah kemenangan. Ada orang agak skeptikal dengan ayat ini. Ayat motivasi bolehlah. Yang gagal tetap gagal. Biarlah mereka dengan skeptikalisme mereka. Yang penting kita harus memandang ke hadapan.
Tak kira apa pun keputusan anda, ucaplah terima kasih kepada guru. Pulang ke rumah ucap terima kasih pada ibu dan ayah. Mohon doa di tikar sejadah untuk kejayaan seterusnya. Tak ramai orang yang ingat Tuhan bila mereka senang. Yang lebih teruk kalau susah pun masih tak ingat tuhan.

"Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur"
(Saba’34: 13)

Wednesday, December 9, 2009

Koleksi gambar SummerCamp Anak Soleh Masjid Wilayah 7-9 Dis09




Alhamdulillah, selepas 3 hari yang mencabar, semua peserta Summer Camp pulang ke rumah masing-masing untuk memulakan program menjadi anak soleh. BMQ Training mengucapkan terima kasih atas kepercayaan para ibu bapa. Mudah-mudahan kesedaran anak-anak untuk menjadi anak soleh dapat diteruskan dan akan sentiasa istiqamah ke akhirnya.


Ingat semua adik-adik, cuti sekolah hanya tinggal kurang sebulan sahaja. Inilah masa terbaik untuk membuktikan pada ibu ayah bahawa kita adalah anak soleh paling best untuk mereka. Bahagikan masa cuti kepada 4 perkara. Pertama masa untuk belajar, kedua masa bersama ibu bapa & keluarga (tolong mereka), ketiga masa bermain & bersama kawan-kawan dan keempat masa beribadah.


Bagi adik-adik lelaki, apa lagi! Kalau suara dah sedap dan ada keyakinan diri, pergi surau dekat rumah minta tok bilal rehat 2 minggu. Kita ganti tok bilal! Yang penting bila mak dan ayah dengar suara anaknya azan, mesti sejuk hati. Rasa bertuah mengandungkan kita sembilan bulan sepuluh hari.


Modul 2012...siapa yang selamat...?

Apa yang paling penting ialah merancang apa yang kita akan lakukan setiap hari. 5 minit perancangan hari ini akan menjimatkan 5 jam esoknya. Kalau tak merancang, bangun pagi, termenung, tengok tv, main, sedar-sedar dah azan maghrib.


Kalau ingat lagi zikir, elok-eloklah baca selalu..untuk melembutkan hati dan mendorong kita untuk melakukan kebaikan..








Bersama sijil Anak Soleh...











Ust Zul & Ust Subhi sentiasa mendoakan kecemerlangan adik-adik semua...























































Imam Besar Masjid Wilayah, Ust Haji Abdul Malik b Salleh memberikan pesanan dan dorongan ketika Majlis Perasmian Penutup Summer Camp Anak Soleh 2009