Alhamdulillah, selepas 3 hari yang mencabar, semua peserta Summer Camp pulang ke rumah masing-masing untuk memulakan program menjadi anak soleh. BMQ Training mengucapkan terima kasih atas kepercayaan para ibu bapa. Mudah-mudahan kesedaran anak-anak untuk menjadi anak soleh dapat diteruskan dan akan sentiasa istiqamah ke akhirnya.
Ingat semua adik-adik, cuti sekolah hanya tinggal kurang sebulan sahaja. Inilah masa terbaik untuk membuktikan pada ibu ayah bahawa kita adalah anak soleh paling best untuk mereka. Bahagikan masa cuti kepada 4 perkara. Pertama masa untuk belajar, kedua masa bersama ibu bapa & keluarga (tolong mereka), ketiga masa bermain & bersama kawan-kawan dan keempat masa beribadah.
Bagi adik-adik lelaki, apa lagi! Kalau suara dah sedap dan ada keyakinan diri, pergi surau dekat rumah minta tok bilal rehat 2 minggu. Kita ganti tok bilal! Yang penting bila mak dan ayah dengar suara anaknya azan, mesti sejuk hati. Rasa bertuah mengandungkan kita sembilan bulan sepuluh hari.
Modul 2012...siapa yang selamat...?
Apa yang paling penting ialah merancang apa yang kita akan lakukan setiap hari. 5 minit perancangan hari ini akan menjimatkan 5 jam esoknya. Kalau tak merancang, bangun pagi, termenung, tengok tv, main, sedar-sedar dah azan maghrib.
Kalau ingat lagi zikir, elok-eloklah baca selalu..untuk melembutkan hati dan mendorong kita untuk melakukan kebaikan..
Bersama sijil Anak Soleh...
Ust Zul & Ust Subhi sentiasa mendoakan kecemerlangan adik-adik semua...
No comments:
Post a Comment