Monday, August 31, 2009

Motivasi Excellence In Exam Sempena Ramadhan Al Mubarak..

Masjid Al Mukarramah,
Bandar Sri Damansara Kuala Lumpur

29-30 Ogos 2009

181 Peserta tahun 1-6 Kariah Sri Damansara

Program Kali ke-11 sejak 2004




Suasana Qiamullail bermula 4.15 pagi..semua nampak mengantuk tetapi bersemangat..


Selepas penat berQIamullail..bersahur dengan menu nasi putih & ayam masak merah..




Aktiviti di Dewan Program...




Suasana berbuka puasa..



Puasa tetap puasa..riadhah tetap riadhah...

Terima kasih kepada Ybhg Tuan Nazir Masjid Al Mukarramah, Ust Nawawi atas kepercayaan kepada Team BMQ Training selama 6 tahun berturut-turut. Juga kepada FC Team dari KUIS ( Saiful,Safwan,Hamdan, Fitri, Amirul & Syakirin, As, Maznah,Masyitah dan Fadhilah) serta USIM ( Ayu). Semoga Ibadah ramadhan kita diterima sebagai amal di sisiNya insya Allah..

Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan Datang Lagi..Salam Ikhlas Dari Kami...


Ahlan Ya Ramadhan...


Ramadhan..
Kehadiranmu kami nanti..
Keberadaanmu kami hargai..
Pemergianmu kami rindui..

Insya Allah, jika Allah mengizinkan kita semua, maka ramadhan tahun ini akan sempat kita semua hayati bersama. Setelah setiap tahun kita menyambut ramadhan..apakah yang kita perolehi daripada manfaatnya?Ramadhan adalah bulan yang Allah s.w.t. hadirkan setahun sekali sebagai pengingat untuk kita yang lupa agar memperbaharui amalan dan niat kita beribadah. Menjadikan kita insan yang lebih berhati-hati dan bersungguh dalam setiap ibadah yang dikerjakan. Justeru, agar pahala puasa dan kedatangan ramadhan ini digunakan sebaik mungkin ada baiknya kita melihat beberapa panduan memaksimumkan kedatangan ramadhan...

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana).

Nabi SAW bersabda :

" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).

Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).

Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witir dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-

ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع

Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم

Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :

إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد

Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.


Berdasarkan hadith Nabi SAW :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.

Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.

كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء

Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

(Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).

Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"

Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.

9) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :

‏من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

Disebut dalam sebuah hadis lain

ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة

Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )

10) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.

Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

11) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

12) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :

Nabi SAW bersabda dalam hadith sahih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

* Dinaqalkan daripada www.zaharuddin.net

Monday, August 17, 2009

Program Pemantapan Tahfiz & Sahsiah 2009

El Azhar Camp, Morib, Banting Selangor
115 orang peserta dari kalangan pelajar Kelas Tahfiz Masjid Negara, Kuala Lumpur
14-16 Ogos 2009


Syukur alhamdulillah kerana kali ini BMQ berkesempatan buat pertama kali berprogram di El Azhar Camp yang amat selesa dan menarik. Pertama kali juga bersama adik-adik kelas pengajian tahfiz Masjid Negara yang semuanya berkopiah putih dan berjubah ketika menaiki bas ke tapak program. Juga pertama kali bersama barisan FC dari Kolej Universiti Islam Selangor ( Faz,As,Dhia,Akram,Umar,Azfar & Safwan) yang amat produktif pada kali ini. Masih juga pertama kali dengan barisan urusetia dari Masjid Negara yang amat "sporting" dan fleksibel (ustzh Shima & rakan2)


Ustazah Shima ( Pen. Pengarah Bhg Pendidikan Masjid Negara) bersama rakannya dengan aksi kayak..


Barisan FC KUIS dari kiri Ust Akram, kak faz, kak As, Kak Dhia, Ust Umar & Ust Azfar...

Program 3 hari ini menekankan aspek penguasaan teknik menghafal al quran, sahsiah diri dan semangat kerjasama. Banyak aktiviti yang kami lalui bersama adik-adik. Bermula dengan sesi "ice breaking", terus ke taaruf FC dan kumpulan. Masuk hari kedua sesi pengenalan al Quran dan teknik hafalan POWER! adik adik terus ke Quranic Explorace pada sesi petang.Semua berpenat mencari klu tempat yang diberikan oleh FC. Setelah berpenat pada siangnya, malamnya pula berpenat menghabiskan makanan special yang disediakan oleh pengurusan El Azhar Camp.Kambing panggang,ayam bakar dan daging panggang, bersama sotong & udang yang digoreng garing bertepung. Tambah lagi sos lada hitam disudahi dengan desert air tembikai berkrim soda serta puding jelly dan aiskrim...banyaknya makanan?!!!Apa pun saya terpaksa bagi taklimat dulu sebelum makan takut-takut ada adik-adik yang terkejut tengok makanan banyak dan sedap terus luruh jantung dan lupa dunia.

peserta bersolat asar di atas pasir dalam sesi Quranic Explorace..

Macam biasa malam kedua, peserta berada dalam sesi recall untuk menilai dan membuat evaluasi terhadap diri, ibu dan ayah serta agama. Kita namakannya Di Bawah Lembayung Kasih.

Hari ketiga, selepas solat subuh dan riadhah, aktiviti yang best untuk semua bakal2 huffaz iaitu berkayak dan berpelampung mengelilingi kolam yang boleh tahan juga jaraknya. Peserta juga meniti cabaran imbangan diri di atas sebatang pepohon kelapa yang dibuat jambatan.

Program berakhir dengan majlis perasmian penutup oleh YBhg Ustaz Ihsan b Hosni, Penolong Pengarah Kanan, Bhg Pendidikan Masjid Negara. Rasanya semua peserta memperolehi hadiah.Cuma kecil atau besar sahaja. Namun yang penting adalah input yang diperolehi sepanjang 3 hari program. Program ini sekadar mendedahkan teknik dan menyuntik kesedaran. Para peserta harus mengolah teknik dan kesedaran untuk diterjemahkan kepada suatu formula tindakan bagi mencapai matlamat tersebut. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga semakin banyak bakal huffaz yang dilahirkan melalui agenda-agenda dakwah seperti ini.Aminn..


Ust Ihsan ( Pen.Peng,Kanan Bhg Pendidikan Masjid Negara) menyampaikan hadiah kepada peserta diiringi Ust Subhi ( Perunding BMQ)


Merenung titian siratul mustaqim..


Cabaran titi kelapa...apakah aku berjaya ke penghujungnya..


Ust Zul & Ust Subhi dalam meeting QUranic Explorace..


Sesi brainstorming Pengenalan Al Quran..

Sesi pemantapan kumpulan..

Sejuk hati tengok semua adik-adik berkopiah putih...


"Are Long" sedang bagi taklimat disiplin..

Ust Zul membuat lantikan AJK program..

Thursday, August 13, 2009

Innalillah buat Ustaz Asri Rabbani (1969-2009)

Berpisah sudah segalanya ...
Yang tinggal hanyalah kenangan ....
Diiringi doa dan air mata ...
Yang pergi takkan kembali lagi....




Jenazah Ustaz Asri akan dikebumikan selepas Maghrib hari ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam.



Antara rakan-rakan dan kaum keluarga yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Ustaz Asri


Suasana sedih menyelubungi rumah arwah di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam


Ustaz Asri bersama anaknya, hamdi rabbani..

Lebih kurang jam 11 pagi tadi, beberapa sms menerjah masuk ke no celcom admin menyatakan khabar bahawa Ustaz Asri Rabbani (40) telah meninggal dunia dalam perjalan ke hospital perubatan Pantai, Bangsar setelah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi. Antara percaya dan tidak, admin menerima hakikat bahawa vokalis bersuara unik ini lebih disayangi Allah s.w.t. Semoga dengan usaha dakwah arwah Ustaz Asri dalam bidang nasyid ini diberkati dan menjadi bekal berguna buat beliau di alam barzakh. Takziah buat isteri Ustaz Asri, anak-anak beliau, ahli keluarga dan kumpulan Rabbani yang sudah pastinya amat merasai kehilangan dan pemergian beliau. Al fatihah.



Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani dan industri muzik nasyid.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan.

Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada.

Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid.

Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.

Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.

Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.


blog asrirabbani.blogspot.com akan sunyi dari empunya diri yang pergi tak kembali lagi..
AL FATIHAH...

Monday, August 3, 2009

Exam dah dekat...Pecutan Akhir.........?



Salam ukhuwah. Apa khabar semua adik-adik? Rasanya time sekarang semua dah rasa bahang nak exam nie. Mungkin bahangnya lebih dari seronoknya puasa dan sambut aidilfitri. Adik-adik tahun 6 akan hadapi UPSR dalam bulan puasa. Mungkin yang ambik PSRA dan UPKK juga sama. Kemudian menyusul pula PMR dan SPM. Bagi yang ambil exam bulan puasa, gunakan kelebihan bulan rahmat ramadhan untuk mencipta kecemerlangan yang lebih EXTRA dari biasa. Dekat-dekat exam nie ada 3 golongan pelajar yang wujud. Mari kita perincikan :

1. Golongan yang relaks dan tak ambil kisah. Tarikh exam, tempat nak exam, apa subjek pun dia kurang pasti Apa keputusan pun dia terima. Yang penting dia boleh sambung belajar juga nanti. Tak kisah di mana.

2. Golongan yang ada kesedaran tentang perlunya cemerlang dalam exam. Namun kerana mereka agak lambat sedar dan bertindak, mereka merasa gugup dan bimbang. Setiap strategi dirasakan tidak menjadi kerana banyak subjek belum dikuasai. Nak study subjek A, rasa subjek B pun belum power juga. So, mereka jadi keliru dan hanya mengikut arus sahaja.

3. Golongan yang menumpukan sepenuhnya saat-saat kecemasan ini untuk study dan buat review semua subjek yang akan diduduki. Mereka akan pastikan setiap detik digunakan sebaik mungkin supaya masa tidak sia-sia. Mereka mungkin tidak menguasai semua subjek namun mereka ada strategi dan melaksanakannya mengikut perancangan.

Jadi, di manakah kedudukan anda sekarang? Perhatikan sisipan berita di atas. Seorang pelajar PMR yang cacat kedua belah tangannya (Nor Umairah) dan menjawab exam hanya menggunakan kaki berjaya mendapat 8A dalam PMR. Guna kaki pun boleh dapat 8A? Macam mana kalau adik-adik jawab exam menggunakan kaki? Tentu susah bukan! Adakah Nor Umairah mempunyai sepasang kaki yang hebat? Sudah tentulah kakinya juga macam kaki kita semua. Namun dia sebenarnya mempunyai akal dan mental yang hebat. Strategi dan matlamat telah disusun dan dirancang dengan baik. Baru kejayaan datang bertamu. Seperti kata pepatah Inggeris " Good Result Comes Together With Good Efford". Keputusan yang baik lahir dari usaha yang baik. OK, now mari kita berkongsi tentang sedikit tips pecutan akhir tidak kira adik-adik berada di golongan 1 atau 2 atau 3.

APA ITU PECUTAN AKHIR?



Seorang pelari pecut akan memecut lebih laju apabila hampir dengan garisan penamat. Maksudnya, semakin dekat garisan penamat, semakin laju dia memecut. Kenapa? Kerana dia ingin sampai lebih dulu dari orang lain yang turut sama memecut.

Kalau begitu, apa pula maksudnya pecutan akhir peperiksaan?

"Seorang pelajar akan berusaha EXTRA dari biasa apabila semakin hampirnya dia dengan peperiksaan"

Maksudnya segala-galanya lebih. Study lebih, strategi lebih, solat lebih, doa lebih, masa study lebih. Pendek kata, pecutan akhir ini boleh disamakan dengan konsep segalanya lebih. Kalau dulu study sehari 2 jam, now kena tambah jadi 4-5 jam. Kalau dulu gunakan cara study biasa, now kena study luar biasa. Kalau tidak tahu di mana ingin bermula, mari kita sama-sama perincikan langkah pertama :

SEMAK KEKUATAN DAN KELEMAHAN....

1. Senaraikan semua subjek yang akan anda duduki tahun ini
2. Senaraikan target anda untuk setiap subjek
3. Kalaulah exam diadakan hari ini a
tau sekarang apakah keputusan anda untuk
semua subjek itu? ( Jawab dengan ikhlas
dan benar supaya senang proses
seterusnya)

Kalau dah selesai, semak balik apa yang kita tulis tadi. Kalau semua target anda adalah A, anda dikira ada matlamat. Selepas senaraikan semua subjek dan targetnya, kita lihat pula kalau exam diadakan hari ini, apakah keputusannya? Mungkin ada yang tulis semua A, atau separuh A dan yang lain mungkin B, C dan sebagainya. OK, bahagikan semua subjek mengikut pencapaian kita. Kategori Cemerlang (A), Sederhana (B) dan Lemah (C,D,E dll).

RANCANG STRATEGI SEKARANG!

1. Utamakan yang penting
Tadi kita dah bersetuju untuk extra kan study. Jadi, lebihkan masa untuk subjek yang berada dalam kategori B, C dan seterusnya. Jangan abaikan pula subjek yang kita yakin dapat A. Ada orang yakin subjek A boleh score, tapi time result keluar, subjek yang boleh score tadi dapat B dan yang tak sure score pula dapat A. Macam mana nak study? Sabarlah yer. Kita perincikan satu persatu.Now, rancang masa study dulu. Berapa masa untuk setiap subjek. Sedikit perancangan hari ini menjimatkan masa kita keesokannya. Dah terlewat lah ustaz...takpa. Oghang putih kata, "better late than never"

2. Bahagikan subjek mengikut topik dan kategorikan ikut kemampuan kita..
Banyaknya subjek nak kena buat
! Kena buat juga kalau kita ingin berjaya. Dapatkan banyak bahan rujukan dari syarikat penerbitan buku yang berbeza. Tak semestinya beli, mungkin boleh tukar dengan kawan. Pinjam dengan cikgu atau kakak dan sebagainya. Mungkin boleh pergi kedai buku POPULAR atau MPH bookstore dan banyak lagi. Lepak kat sana, buat sedikit semakan dan biasakan diri dengan soalan-soalan peperiksaan.

3. Jangan buat study tanpa henti atau marathon study..
Memang kena study 4-5 jam s
ehari tetapi kena ada strategi. Apa yang ustaz maksudkan di sini ialah jangan study 2 jam tanpa henti. Tak ada hadiah untuk orang buat rekod dunia study tanpa henti. Yang ada hanya wad hospital untuk orang yang study tanpa henti dan mengalami kekejangan otak.He,he,he. Lebih baik study 30 minit, berhenti 5 minit atau study 1 jam berhenti 10 minit. Ini akan memberikan kita kekuatan untuk study keesokannya. Kalau tidak, kita akan rasa letih untuk study esok. Rasa macam alamak! Nak kena study lagi...Jadi, time berhenti 5-10 minit tersebut, buat sesuatu yang kita rasa happy dan relaks. Ganjarkan diri anda. Minum minuman yang paling best, jalan2 di laman rumah, tengok tv sekejap dan sebagainya. Tapi jangan lebih masa. Time study pula kena disiplin. selagi tak cukup masa jangan berhenti. Inform mak siap-siap kalau nanti mak nak minta tolong pergi kedai atau buat apa-apa, minta buat selepas atau sebelum study. Cakap elok2 dengan mak. Kan dapat pahala tu.

4. Study tak semestinya b
aca buku..
"Studying is not reading but reading is studying". Apa ertinya nie? Study tak semestinya baca buku. Boleh buat latihan, latih tubi, peta minda, buat kuiz, ceritakan dengan kawan, study group, bercakap di hadapan cermin dan sebagainya. Pendek kata, apa-apa yang boleh memantapkan ingatan dan pemahaman kita selagi tidak melanggar undang-undang Islam dan Kanun Jenayah di Malaysia, boleh buat. Betul tak?

5. Input Come together with Output
"Jangan hanya melakukan prose
s memasukkan data (input) ke dalam otak tanpa melakukan proses mengeluarkannya (output). Muntahkan semua maklumat kita melalui pelbagai cara antaranya sembang dengan kawan, buat kuiz, cerita depan cermin (pastikan takde orang nampak dan kunci pintu bilik), cerita dekat adik dan sebagainya.

6. Pilih masa yang sesuai untuk menu study
Banyakkan aktiviti membaca dan menghafal serta pemahaman pada sebelah pagi kerana waktu ini otak ita fresh.
Manakala time petang banyakkan aktiviti latih tubi, jawab soalan, peta minda dll.

7. Jangan lupa Allah, ibu bapa dan guru
Jangan sibuk study, tinggal solat. Solat jadikan acara utama. Sembahyang hajat sebelum study insya Allah lebih dipermudahkan. Minta restu ibu ayah dan guru. Pasang niat dan azam bersama kawan-kawan untuk berjaya. Maka semua ini adalah formula kejayaan. Tinggalkan
dulu hiburan internet, myspace, facebook, game, lepak dan sebagainya kerana ia tidak membantu malah membantutkan pecutan akhir kita.




"Semoga kejayaan datang bertamu bagi orang yang memohon restu Semoga kecemerlangan datang segera bagi orang yang merancang dan berdoa"

Jadual Program BMQ Ogos - Disember 2009

JADUAL BMQ OGOS 2009




Program Kecemerlangan SPM

7-8 Ogos 2009
SMK Sg. Rawang, Sepang, Selangor

Program Anak Soleh Super Bersama Masjid Negara
15-17 Ogos 2009

El Azhar Camp, Morib, Selangor

Ihya' Ramadhan - Restu Ramadhan 2009
29-30 Ogos 2009
Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara


JADUAL BMQ SEPTEMBER 2009

Ihya' Ramadhan - Restu Ramadhan 2009
5-6 September 2009
Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara