Sunday, October 11, 2009

Program Motivasi Anakku Anak Soleh 2009

"Didiklah anakmu dengan 3 perkara : Mencintai rasulullah, mencintai ahli keluarga baginda dan membaca al quran" ( mafhum hadith)
Program 1 hari pada kali ini walaupun agak singkat waktunya, namun BMQ akan cuba sedaya mungkin berkongsi dengan para peserta tips-tips penting untuk menjadi seorang anak soleh. Program yang sama juga akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya ( Masjid baru) pada 31 Oktober, Masjid Bandar Baru Sg. Buloh pada 14 November dan Masjid KLCC pada 8 November. Untuk ibu bapa yang berminat, bolehlah menghubungi BMQ melalui nombor telefon yang tertera kerana pendaftaran hanya terhad kepada 150 peserta sahaja. Berikut adalah objektif penganjuran program Anakku Anak Soleh pada kali ini :
OBJEKTIF
1. Membina watak sebagai seorang anak soleh bermula di peringkat kanak-kanak dan remaja
2. Menyuntik kesedaran dan semangat motivasi untuk kecemerlangan
3. Membentuk penghayatan Islam sebagai suatu cara hidup
4. Ke arah mendekatkan generasi remaja dengan masjid sebagai rumah kedua dalam
kehidupan
5. Membentuk jati diri sebagai remaja muslim yang cemerlang dunia akhirat.
ATURCARA PROGRAM
8.00am : Pendaftaran
8.30am : Slot 1 ( Ice Breaking Anak Soleh)
9.30am : Slot 2 ( Aku Anak Soleh)
10.30am : Minum pagi
11.00am : Slot 3 ( Matlamat Anak Soleh)
12.00pm : Bersama Mentor
12.30pm : Makan tengahari / Solat Zohor
2.00pm : Slot 4 ( Tips Solat & Al Quran)
3.00pm : Slot 5 (Mengukir Akhlak Super)
4.30pm : Solat Asar
5.15pm : Majlis penutup Anak Soleh
6.00pm : Bersurai

Saturday, October 10, 2009

Lawatan Aidilfitri ke Desa KEDA Kemangi



8 Oktober 2009
10.30 malam
Kehadiran : Ust Azizul, Ust Subhi, Ust Dhan, Pakngah Ishak, Pak Ibrahim, Abg Yuki, Bang Ya, Kak Maziah dan anak-anaknya serta Kak Dah dan anak-anaknya
Menu : Kuew tiaw goreng, ABC, ayam goreng, whipped potato, coleslaw, kopi panas

Dari kiri abg marzuki, kimi, aiman, bang Ya, bang Ibrahim, Pakngah Ishak, Ust Subhi d an Ust Dhan...

BMQ telah membuat kunjungan aidilfitri ke Desa KEDA Kemangi, Baling pada hari Khamis (8/10/09). Bertempat di rumah abg marzuki yang terletak berhadapan dengan campsite Kemangi, kami membuat ziarah ukhuwwah setelah kali terakhir berprogram di sini pada bulan mac 2009. Team BMQ pernah berkampung selama sebulan di Desa Kemangi untuk dalam siri Kursus Bina Sahsiah Super untuk para remaja dan belia dari lapan zon Keda di Negeri Kedah Darulaman.


Kak Dah (bertudung biru) dan Kak Maziah memangku bayinya...

Kami berborak panjang berkenaan program semasa di Kemangi. Sambil menghirup kopi panas, nampaknya isu pilihanraya di Bagan Pinang mendominasi perbualan kami. Seperti biasa ada yang sokong PAS, ada yang yakin BN akan kekalkan kemenangan. Apa pun, kita tunggu keputusannya.
Berdasarkan perbualan kami,Kemangi campsite agak lama juga tidak menerima kedatangan peserta. Kak Maziah memberitahu bahawa dia masih terngiang-ngiang suara peserta berzikir setiap kali dekatnya waktu maghrib. Juga terdengar-dengar suara Ust Dhan memberi ceramah, ternampak-nampak Ust Subhi & Ust Zul memberi arahan kepada peserta agar menepati masa. Sememangnya pemukiman kami selama sebulan lebih di Kemangi telah memberikan impak besar kepada mereka di samping telah terjalin hubungan yang rapat seolah-olah saudara sendiri.
Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada jam 12.oo tengah malam melalu jalan Gerik - Kuala Kangsar - K. Lumpur memakan masa hampir 4 jam. Sampai di rumah pada jam 4.00 pagi kami terus berlabuh sepi memandangkan esoknya kami harus menyelesaikan urusan penting di Masjid Putra, Pejabat Kesihatan Putrajaya dan Masjid Wilayah bagi program bersama staff dan juga program Anakku Anak Soleh.

Selamat menduduki PMR

Salam kecemerlangan buat semua..

Setelah berusaha, belajar, solat hajat, study group, minum air jampi dan sebagainya..PMR hadir sebagai suatu medan ujian kepada adik-adik. Kini masanya untuk mencurahkan semua ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam kertas jawapan. Kami di BMQ Training mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR 2009..siiru 'alaa barakatillah..ingat..kecemerlangan dan kejayaan ialah USAHA..bukan NATIJAH...usaha akan menentukan kejayaan kita. Good result comes together with good efford.

Justeru..jika anda berjaya dengan keputusan yang anda idamkan, bergembira dan bersyukurlah. Jika sebaliknya, terimalah yang anda telah berusaha tetapi mungkin belum cukup haul dan nisabnya, maka berusahalah lebih gigih untuk kecemerlangan dalam peperiksaan SPM 2 tahun selepas ini.

Sunday, September 6, 2009

Motivasi Excellence In Exam Sempena Ramadhan

5-6 Sept 2009
Masjid Al Mukarramah
135 Peserta Ting 1-5 sekitar Sri Damansara & Damansara Damai
FC : Ust Subhi Asha'ri, Ust Azizul, Ust Ramadhan, Ust Izzat, Ust Din, Abg Wan, Ustazah Tasnim, Kak As & Kak Husni




Aturcara Hari Pertama

Pendaftaran
Ice Breaking Motivasi Excellence In Exam
Slot Matlamat Kejayaan
Slot Tips Pecutan Akhir Peperiksaan
Majlis Sumbangan Bantuan Bersama YB Cik Elizabeth Wong ( Adun Bkt Lanjan)
Berbuka beramai2
Bertarawih beramai2
Program Meneropong Ke Planet Bersama Team Falak Syarie Al Mukarramah


What Is The b'coz..? bersama Jasmine ( Kak Long)..

Aturcara Hari Kedua
Qiamullail
Kuliah Subuh : Akhlak Ibu Bapa & Batas Hubungan Lelaki Wanita
Slot Di Bawah lembayung Kasih Ibu
Slot Tazkirah Alam bersama Abg Izat
Majlis Penutupan & Penyampaian Sijil
Bersurai


Peace ramadhan for all..


Hidangan berbuka tajaan Zulpura Catering...


Slot Lembayung Kasih Ibu....


Kejayaan di dalam peperiksaan juga berkait rapat dengan akhlak kita dengan ibu dan ayah...


Barisan Smart Team yang dilantik....


Zikir selalu menyuci qalbu....Hasbi rabbi jallallah maa fii qalbii ghairullah..


Adun Bukit Lanjan ( YB Elizabeth Wong) dalam majlis penyampaian bantuan fakir miskin..


Kenangan bersama rakan2.......


Belajar berjalan.....



























Salam kecemerlangan buat semua adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan tahun ini. Salam ramadhan dan salam syawal...Tingkatkan amalan jauhi kemungkaran..itulah kebenaran
setiap Insan.

.

Thursday, September 3, 2009

Kursus Pemantapan Aqidah bersama AADK


1-3 Sept 2009
Pusat Pemantapan Aqidah JAKIM, Jelebu, N9
34 peserta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Dalam Negeri

Sesi Ice breaking...

Sesi Ice breaking...

3 hari 2 malam Team BMQ bersama 34 peserta yang terdiri daripada bekas penagih yang dalam proses pemulihan untuk kembali ke pangkuan masyarakat. Agak mencabar untuk melakukan ice breaking bersama para peserta kerana mereka kelihatan agak serius. Namun setelah aktiviti demi aktiviti dijalankan, usaha kami mula membuahkan hasil. Para peserta mula menerima kehadiran kami untuk berkongsi ilmu dengan mereka.



Klinik Al Quran...Peserta melancarkan surah fatihah...

Klinik Al Quran selepas Asar nampaknya semakin mendekatkan kami dengan peserta apabila mereka mula merasakan pentingnya al quran dalam kehidupan . Dalam klinik ini peserta difahamkan terhadap kepentingan al quran, hikmah solat sebagai terapi utama, kesempurnaan mandi hadas serta sedikit tanggungjawab diri. Bacaan al fatihah juga diperbetulkan. Setelah berbuka puasa dengan sedikit kurma dan air mineral, kami bersolat maghrib berjamaah seterusnya menikmati jamuan nasi. Selesai solat Isya dan tarawih, Slot I ( Mengenal Diri) yang dikendalikan dengan baik oleh Ust Subhi Asha'ri mengisi aturcara malam pertama.
LDK I Mengenal Diri...

Kami mempunyai sasaran yang tinggi terhadap peserta dalam program ini. Fokus utama adalah agar mereka dapat berpuasa penuh kerana hampir 90% daripada mereka tidak memenuhi tuntutan itu pada hari pertama. Fokus yang kedua adalah melazimi solat dan mendekati al quran. Alhamdulillah, keesokan harinya hinggalah hari terakhir program kami mendapati kebanyakan daripada mereka berpuasa penuh dan mudah mudahan amalan itu berkekalan hinggalah mereka pulang.

Sesi Qiam dan Laman Nurani...

Hari kedua bermula dengan qiam ringkas iaitu solat tahajjud dan taubat. Ada di kalangan mereka yang pertama kali bertahajjud. Justeru, sesi ini dipermudahkan dengan bacaan yang sederhana serta alunan zikir yang mudah diikuti dengan penjelasan agar mereka memahami konsep dan tujuan qiamullail itu sendiri. Selepas sahur dan solat subuh saya memberikan kuliah subuh ringkas bersempena dengan kemerdekaan iaitu memerdekakan diri dari runtunan hawa nafsu. Kemerdekaan yang sebenar ialah bebas dari belenggu hawa nafsu serta mentaati Allah dalam semua hal. Slot II sebelah pagi dikendalikan oleh Ust Ramadhan melalui tajuk " Aku Masih Belum Terlambat". Alhamdulillah, mereka banyak berkongsi masalah yang dihadapi dan cuba mencari jalan keluar yang terbaik. Kami mendapati kebanyakan mereka menyuarakan masalah yang lebih kurang sama iaitu penerimaan keluarga dan masyarakat serta gagal menahan kemahuan diri terhadap kesilapan lalu.

Slot Pemantapan Solat pada jam 11 pagi hari kedua mula membuka ruang pemikiran peserta terhadap kepentingan solat. Ada di kalangan mereka yang tidak pernah bersolat justeru, setiap rukun dan doa dijelaskan secara terperinci. Saya terpaksa menulis bacaan solat dalam bahasa rumi kerana mereka tidak mahir dengan tulisan jawi. Sesi teori dan praktikal ini saya kira berjaya melalui kesungguhan untuk menghafal setiap bacaan dalam solat yang ditunjukkan peserta. Ini kerana salah satu sebab utama mereka tidak bersolat ialah kerana tidak tahu apa yang hendak dibaca.

Bengkel Solat...

LDK 1 pada sesi petang oleh Ust Subhi mendedahkan peserta dengan tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan agama. Selepas solat asar pula, peserta bertalaqqi bersama Ust Subhi dalam bab Puasa dan tuntutannya. Selesai berbuka dan berterawih Slot Wasiat Iman mengisi malam terkahir. Saya berusaha menjelaskan kepadap para peserta berkaitan dengan Tazkiyatun Nafs iaitu Penyucian Jiwa; Konsep, Tujuan dan Kaedah. Mudah mudahan dengan penerangan ini mereka akan merasai betapa proses penyucian jiwa itu begitu mudah jika kita mengetahui jalan menuju ke arahnya. Sesi recall berkaitan kematian dan azab kubur bermula dengan tayangan proses pengendalian jenazah dan klip ringkas berkaitan azab kubur. Saya cuba membawa peserta meneroka alam permulaan mereka bersama keluarga hinggalah mereka terlibat dengan gejala yang tidak baik sehinggalah mereka diberi peluang semula untuk bertaubat.

Slot Aku Masih Belum Terlambat...


LDK III...

Hari ketiga, LDK II dengan objektif pendedahan ekonomi kepada peserta mendapat respons yang amat baik. Mereka mula berfikir di luar kotak untuk mencipta peluang kerja bukan semata mengharapkan kerja makan gaji sahaja. LDK III merangkap pleno dan resolusi saya sempat memanggil beberapa peserta dan bertanyakan perasaan mereka mengikuti program. Saya melihat kesedaran yang amat tinggi di kalangan peserta untuk membuat perubahan diri. Cuma mereka perlukan sedikit lonjakan dan sokongan dari semua. Apa pun, saya menekankan bahawa insan yang yang baik merubah diri mereka sendiri dahulu, barulah mereka berjaya merubah orang lain. Mereka harus mempunyai daya tahan yang kuat apabila berhadapan dengan keinginan untuk mengambil bahan terlarang itu. Mereka harus membuktikan mereka telah berubah barulah pandangan keluarga dan masyarakat akan berubah.

Cabaran Paku..

Kami mengakhiri program dengan sesi wida' bersalaman dan berpelukan. Kelihatan mereka seolah-olah sebagai sebahagian dari ahli keluarga sendiri. Saya dan rakan rakan trainer amat bersyukur dengan pengalaman pertama kami dalam program sebegini dan kami berharap segala ilmu yang kami curahkan dikira sebagai amal soleh di sisiNya. Sekalung budi setulus hati kepada urusetia AADK ( Ust Syam dan rakan2) serta Ust Kamel ( Penguasa PPAJ), Ust faizal, Ust Najib Ustzh Fatimah dan Ust Afif kerana tidak jemu memanggil kami memberikan sedikit amal di PPAJ.

Menikmati hidangan berbuka..

Monday, August 31, 2009

Motivasi Excellence In Exam Sempena Ramadhan Al Mubarak..

Masjid Al Mukarramah,
Bandar Sri Damansara Kuala Lumpur

29-30 Ogos 2009

181 Peserta tahun 1-6 Kariah Sri Damansara

Program Kali ke-11 sejak 2004




Suasana Qiamullail bermula 4.15 pagi..semua nampak mengantuk tetapi bersemangat..


Selepas penat berQIamullail..bersahur dengan menu nasi putih & ayam masak merah..




Aktiviti di Dewan Program...




Suasana berbuka puasa..



Puasa tetap puasa..riadhah tetap riadhah...

Terima kasih kepada Ybhg Tuan Nazir Masjid Al Mukarramah, Ust Nawawi atas kepercayaan kepada Team BMQ Training selama 6 tahun berturut-turut. Juga kepada FC Team dari KUIS ( Saiful,Safwan,Hamdan, Fitri, Amirul & Syakirin, As, Maznah,Masyitah dan Fadhilah) serta USIM ( Ayu). Semoga Ibadah ramadhan kita diterima sebagai amal di sisiNya insya Allah..

Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan Datang Lagi..Salam Ikhlas Dari Kami...


Ahlan Ya Ramadhan...


Ramadhan..
Kehadiranmu kami nanti..
Keberadaanmu kami hargai..
Pemergianmu kami rindui..

Insya Allah, jika Allah mengizinkan kita semua, maka ramadhan tahun ini akan sempat kita semua hayati bersama. Setelah setiap tahun kita menyambut ramadhan..apakah yang kita perolehi daripada manfaatnya?Ramadhan adalah bulan yang Allah s.w.t. hadirkan setahun sekali sebagai pengingat untuk kita yang lupa agar memperbaharui amalan dan niat kita beribadah. Menjadikan kita insan yang lebih berhati-hati dan bersungguh dalam setiap ibadah yang dikerjakan. Justeru, agar pahala puasa dan kedatangan ramadhan ini digunakan sebaik mungkin ada baiknya kita melihat beberapa panduan memaksimumkan kedatangan ramadhan...

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana).

Nabi SAW bersabda :

" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).

Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).

Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witir dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-

ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع

Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم

Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Memperbanyakkan doa ketika hampir berbuka

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :

إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد

Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.


Berdasarkan hadith Nabi SAW :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.

Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.

كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء

Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

(Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).

Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"

Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.

9) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :

‏من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

Disebut dalam sebuah hadis lain

ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة

Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )

10) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.

Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

11) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

12) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :

Nabi SAW bersabda dalam hadith sahih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

* Dinaqalkan daripada www.zaharuddin.net