Saturday, April 25, 2009

Kursus Bina Sahsiah 2009 Zon Padang Terap

Kursus Bina Sahsiah 2009 Zon Padang Terap
Kem Bendang Man Resort, Sik, Kedah
23-25 April 2009
69 Peserta Zon Padang Terap

Team BMQ buat kesekian kalinya bergerak ke Bendang Man Resort, Sik, Kedah untuk Kursus Bina Sahsiah Siri 3 2009. Jam 12 tengahari 23hb April, adik-adik Keda Zon Padang Terap yang semuanya dari Kampung Bkt Kura, Bukit Ular, Pasir Putih, Semeliang dan Kampung Belukar sampai dengan 2 buah bas yang memuatkan seramai 69 orang. Ada di kalangan mereka yang tersenyum melihat kelibat kami kerana pernah bersama mereka di Bendang Man ini pada tahun 2007. Pada waktu itu, mereka di tingkatan 2 dan sekarang sudah berada di ting. 4. Dah ambil PMR dan dah dapat keputusan. Tapi tak apa, kali ini datang dengan semangat baru, azam baru, dorongan baru untuk membuat perubahan diri demi keluarga yang tercinta.
3 hari 2 malam di permukiman ilmu, tazkirah, solat jamaah, zikir munajat,brainstorming, laman nurani seharusnya memberikan adik-adik peserta suatu pandangan baru dalam kehidupan mereka. Rasulullah s.a.w pernah bersabda mafhumnya " Barangsiapa yang bertambah ilmu tapi tidak bertambah kebaikan, sebenarnya dia tidak bertambah apa-apa melainkan dia semakin jauh dari Allah s.w.t."
Pesanan kami kepada adik -adik peserta, ingat dan amal segala ilmu yang dipelajari di sini. Tunaikan tanggungjawab asas sebagai hamba Allah, insya Allah, segala doa dan usaha kita akan diberkati.


Bergumbira setelah selesai dilumur tepung..


Ular itu ular...naga itu naga...


Lepas nie jangan tinggal solat lagi...


Peace kepada model tepung gandum...


Peserta lelaki bersama abg Zul dan abg Dhan..


Aksi sukaneka rakyat..


Bergambar kenangan bersama pelajar perempuan....


Chicken dance....


Kak Long dilumur tepung...


LDK Kumpulan terhebat....
Salam dari kami, semua FC ( Abg Zul, Abg Dhan, Kak Ida dan Kak Asr)..Adios...salam perubahan...

Tuesday, March 31, 2009

Motivasi Anak Soleh Super!

Program Motivasi Anak Soleh Super!
28-29 Mac 2009
Masjid Bandar Baru Sg. Buloh, Selangor















Monday, March 30, 2009

Sesi bergambar untuk BMQ Training

30 Mac 2009 ( Isnin), kami terfikir untuk membuat sedikit new arrangement dalam official website BMQ. Jadi, satu keputusan dibuat untuk mengambil gambar para Perunding Motivasi BMQ Training untuk dimuatkan dalam laman web.



Dari kiri Ust Aziz dan Ust Subhi. Duduk Ust Ramdhan



Ust Subhi Asha'ri memberikan pose maut..


Ust Ramadhan ..


Ust Azizul Asri ( Penulis)

Kata ahli seni, gambar mampu memberikan lebih interpretasi daripada kata-kata. Kelajuan otak berfikir juga sebenarnya melebihi kelajuan kita berkata-kata. Dengan sebab itu, membaca, mengingat, menghafal akan lebih mudah jika digambarkan secara visual berbanding tulisan itu sendiri. Dengan gambar juga, kita mampu mengeratkan hubungan, mengenang kembali kenangan terdahulu dan mengingatkan kembali apa yang mungkin kita terlupa. Sebagai contoh, buka kembali koleksi album anda di rumah. Belek-belek kembali gambar-gambar yang lama sewaktu kecil, bersama adik beradik, bersama ibu ayah, ketika di kuarters tempat ayah bekerja,bersama abang dan kakak mengupas buah kelapa, kenduri kahwin abang, memancing bersama abah, pergi berkelah di pantai dan sebagainya, kita akan terkenang memori dan kenangan yang tersangat indah yang tak mungkin dapat diulangi kembali dan sentiasa terpahat di lubuk hati. Pada waktu itu, kita akan merindui ibu dan ayah serta adik beradik kita atau pun rakan-rakan kita. Jadi apa tunggu lagi, dapatkan handphone, hubungi mereka dan bertanya khabar dan perkembangan mereka..itulah memori...

Friday, March 13, 2009

Program Cuti Sekolah Mac 2009

Kursus Bina Sahsiah Super 2009
16-19 Mac 2009
Desa KEDA Kemangi Campsite
80 Pelajar ting. 2 & 4 Zon Langkawi




Pada cuti sekolah kali ini, team BMQ sekali lagi bergerak ke Negeri Kedah Darulaman untuk program seterusnya di Kemangi, Baling. Kali ini melibatkan peserta dari Langkawi...

Wednesday, March 11, 2009

Program Motivasi Smart Al Quran & Sahsiah Diri

Program Motivasi Smart Al Quran & Sahsiah Diri
5-7 Mac 2009
Surau Kg Keda Bagan Sena, Kulim, Kedah Darulaman

Alhamdulillah, program ini berlangsung dengan jayanya. Penglibatan Keda, para waris yang bertungkus lumus menyediakan makan minum dan penyeliaan keselamatan, bekas peserta keda kulim di Kemangi 08 turut datang membantu adik-adik mereka..akan tercetuskan suatu perubahan di Keda Bagan Sena ini....semoga usaha kecil ini diberkati...aminn.

Taklimat Sukan Didik KEDA..


Sesi Bersama Waris...



Akan terciptakan suatu perubahan....?



En Nasir (KEDA Kulim) bersama perasmi program...



Terima kasih kepada bekas peserta kursus bina sahsiah kemangi 08 yang datang tolong. Dari kiri Aisyah, Ust Subhi, Ust Dhan, Ust Zul, Mizah. Duduk pula Shima dan Sakinah..




Sukan Didik KEDA bermula!



Gelagat anak dan ibu dalam Sukan DIDIK KEDA



Sesi Pengejaan dan Pengecaman Huruf Al Quran


Sesi makan yang disediakan sendiri oleh para waris...


One One Cha Cha...

Program Motivasi Kecemerlangan Akademik & Sahsiah

Masjid Negara
28 Feb - 1 Mac 2009















Tuesday, February 24, 2009

Business Trip To Kulim, Ulu Legong & Cameron Highland

23 hb Februari 2009, jam 10.00 pagi Team BMQ Training bergerak dari KL ke Kg Keda Bagan Sena, Kulim, Kedah untuk taklimat bersama penduduk Kg KEDA Bagan Sena untuk Program Smart Al Quran dan Sahsiah Diri pada 5-7 Mac 2009. Kami berjanji dengan En. Nasir (Peg.KEDA Kulim) bertemu di Petronas Kulim jam 2.00pm. Seterusnya tiba untuk bermesyuarat dengan Jawatankuasa 4P Keda Kg Bagan Sena. Penduduk kampung KEDA Bagan Sena amat peramah dan baik hati menyambut kami yang akan mengendalikan kursus untuk anak-anak mereka pada minggu berikutnya. Mereka menunjukkan minat yang begitu tinggi di mana penyertaan untuk program Smart Al Quran mencecah 80 orang sedangkan pada awalnya hanya mencecah 30 orang.



Ke Sungai Petani

Tamat bermesyuarat di Kg KEDA Bagan Sena pada jam 4 petang, kami terus bertolak ke Sungai Petani untuk mencuba Radix Fried Chicken (RFC) yang dicetuskan oleh Kumpulan Herba Perubatan Al Wahida (HPA). Suatu konsep restoran makanan segera ala KFC yang pertama di Malaysia diusahakan oleh bumiputera Muslim iaitu Tuan Haji Ismail. Bermula dengan produk herba HPA, kini Tuan Haji Ismail dapat berbangga dengan jualan Kopi Herba Radix "Mai Secawan" yang kini terdapat di merata restoran dan kedai makan seluruh negara. Kejayaan menguruskan HPA dengan dengan pelbagai produk Muslim merangkumi makanan kesihatan, minuman, bahan penjagaan diri, ubatan dan sebagainya seharusnya menjadi inspirasi kepada kita semua untuk mencapai kejayaan dalam setiap bidang yang kita ceburi. HPA menghasilkan kopi, radix cola, ubat gigi, kosmetik, pakaian dan kini makanan segera menawarkan produk yang halal, sihat dan meyakinkan pengguna. Kami berbangga dengan kejayaan HPA dan menyematkan di dalam hati kami untuk mencapai sesuatu yang kalau tidak melebihi HPA sekali pun sekurang-kurangnya menyamai kejayaan mereka. Saya mengenali Tuan Haji Ismail secara peribadi sebagai seorang yang jujur, begitu merendah diri dan amat memahami setiap orang di bawah jagaan beliau. Semoga kami berjaya seperti mereka.

Ke Ulu Legong

Sebelum maghrib, setelah kekenyangan merasai ayam goreng RFC herba, coleslaw dan mash potato yang enak beserta potato wedges dengan sos cheese ( hampir setanding KFC), kami bertolak ke Kolam Rekreasi Air Panas Ulu Legong. Tiba di sana jam 9.00 malam dan kami menempah homestay milik ayah En. Asri ( Pegawai KEDA Zon Baling) untuk berehat sebentar. Menghilangkan kepenatan dengan berendam kaki dan berenang di Kolam Air Panas semulajadi.

Ke Cameron Highland

Jam 10 pagi keesokan harinya, selepas menikmati nasi lemak yang dihidangkan oleh ibu en. Asri, kami bertolak balik ke KL untuk meneruskan kerja-kerja tertangguh. Kami mengambil keputusan untuk menggunakan laluan Baling-Grik untuk terus sampai ke Kuala Kangsar. Sempat juga singgah di Kg KEDA Kemangi, Baling untuk bertemu keluarga Abg Yuki ( penyedia homestay kami di Kemangi) untuk bertanya khabar. Kali ini, perjalanan pulang ke KL disertai ibu mertua Ust Subhi untuk menjaga isteri beliau yang sedang mengandung. Dalam perjalanan, saya bergurau dengan makcik adakah dia teringin nak pergi ke Cameron Highland, makcik cakap dia tak pernah pergi lagi, saya merancang bersama Ust Dhan (driver ala Michele Schumacher) untuk buat surprise. Ust Subhi sedang nyenyak tidur tanpa mengetahui planning kami berdua. Apabila sampai di Petronas Simpang Pulai, kami berhenti mengisi minyak dan Ust Subhi pergi ke tandas. Bila kami mengambil simpang ke Cameron Highland, Ust Subhi bertanya kenapa ambil jalan itu dan saya cakapkan yang kami akan guna jalan belakang tanpa tol untuk terus sampai ke Rawang (bohong sunat yang bukan sunat pun) Ust Subhi pun hairan kerana dia sendiri tak pernah guna jalan itu. Suasana semakin menarik kerana keadaan sejuk dan berkabus seolah berada di Pergunungan Alps, Swirtzeland. Cuma jalan berbengkang bengkok agak kurang selesa. Akhirnya bila sampai di Tanah Rata, Cameron Highland, makcik begitu gembira kerana buat pertama kali menjejak kaki ke situ. Kami singgah memetik buah strawberry (self plucking) di Strawberry Park. Semua makanan berasaskan strawberry ada di situ antaranya waffle strawberry, strawberry milk shake, jeruk, aiskrim dan segala-gala tentang strawberry. Teruja melihat sayuran seperti salad, kubis, daun pastli, tomato, kekacang, cili dan sebagainya yang tumbuh subur di sana. Alangkah hebatnya alam ciptaan Allah.

Ke Kl
Setelah kepenatan berjalan di Tanah Rata, kami bertolak pulang jam 6.00 petang menggunakan jalan ke Tapah. Sepanjang laluan kami berkesempatan melihat perkampungan orang asli yang begitu unik di lereng bukit. Ada di kalangan mereka yang menjual produk hutan seperti petai, pokok bunga, kraftangan dan sebagainya. Laluan lebih mencabar berbanding Simpang Pulai tadi dengan selekoh yang sememangnya tajam dan disukai oleh pemandu Michele Ramadhan. Kami singgah rehat R&R Tapah untuk solat dan makan. Setelah itu, perjalanan diteruskan dan kahirnya jam 10.00 malam kami sampai di Bandar Sri Damansara. Alhamdulillah, kami bersyukur kerana Allah melindungi sepanjang perjalanan kami, sesungguhnya setiap perjalaan dan pengembaraan itu harus mengingatkan setiap pengembara akan keajaiaban dan kehebatan Sang Pencipta yang Maha Kuasa. Allahumma Amin..