Wednesday, March 31, 2010

Sekitar Majlis Perkahwinan Ust Ramadhan (Trainer BMQ) & Sohida

Tahniah kepada pasangan Ust Ramadhan dan Ustzh Sohida yang melangsungkan perkahwinan (sebelah pengantin lelaki) yang diadakan pada 27 Mac 2010 bertempat di Dewan Alwi, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).


Aksi pertama pengantin ketika baru menjejakkan kaki ke dewan...


Ust Subhi, isteri (bertudung biru) dan Cik Tasneem selesai menjamu selera..


Ust Zul, Kak Lin & Safiyyah mengucapkan selamat pengantin baru...


Di pelamin yang dihias indah..



Semoga berbahagia ke akhir hayat...

Thursday, March 25, 2010

Seputar Program Smart Al Quran & Sahsiah Diri

Tarikh : 15-17 Mac 2010
Tempat : Surau Desa Keda Naga Lilit, Kulim, Kedah
Anjuran : Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah KKLW melalui agensi Lembaga
Kemajuan Wilayah Kedah KEDA
Peserta : 80 peserta lelaki perempuan

FOKUS PROGRAM
  1. Pengenalan huruf, makhraj, hukum tajwid dan kelancaran bacaan al Quran
  2. Menyuntik semangat membaca Al Quran
  3. Membentuk budaya Al Quran
  4. Smart wudhu dan smart solat
  5. Pembinaan sahsiah diri
  6. Kecemerlangan akademik


Peserta lelaki bersalaman dengan waris ketika majlis penutup Smart Al Quran...


Salah seorang ibu memberi pesanan kepada anaknya...



Khusyuk mendengar penuh perhatian..



Ibu bapa turut hadir selama 3 hari 2 malam memberikan sokongan dan dorongan untuk anak-anak mereka..tahniah!



3 FC Kg Keda Naga Lilit yang banyak membantu :Dari kiri - Fadlina, Munirah & Nadia. terima kasih daun keladi...


Dari kiri YBhg En Ahmad Maidin ( Peg KEDA Zon Kulim / Bandar Baharu) selaku perasmi kehormat, En Hafiz ( Pen Peg. Keda) dan Pak Teh Musa (Peng. JKP4P Keda Naga Lilit)


Sesi penyampaian sijil dan cenderamata...


Penuh perhatian sampai tak tengok kiri kanan...


Dalam sesi akhir bersama waris...


Dari kiri - Ust Dhan, ust Luqman, Aida, Munirah, Nadia, Fadlina & Ust Zul
Terima kasih kepada Kedah Regional Development Authorithy (KEDA), agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah khususnya Zon Kulim/Bandar Baharu melalui pegawainya En Ahmad beserta kakitangan iaitu En Hafiz, En Nasir dan Cik Ayu yang banyak membantu menjayakan program ini. Juga kepada penduduk Desa KEDA Kg Naga Lilit yang diketuai oleh Pakteh Musa dan AJK beliau yang menguruskan makanan & penginapan kepada team BMQ dan para peserta. Semoga objektif Smart Al Quran dapat dicapai dengan penuh keberkatan Insya Allah..

Kem Bina Sahsiah Keda Zon Baling 2010


Desa Keda Kemangi Campsite..

Tarikh : 12-14 Mac 2010
Tempat : Desa Keda Kemangi
Peserta : 66 peserta Kg Keda Zon Baling

Desa Keda Kemangi antara yang bertuah kerana mempunyai sebuah campsite yang boleh digunakan untuk program latihan. Dengan kapasiti 1 dewan terbuka, 3 homestay, 10 buah khemah bersaiz 10 orang serta bersebelahan dengan sungai dan kehijauan hutan memberikan ketenangan kepada kami dan peserta berkongsi ilmu.
Kami tiba di Desa Keda Kemangi buat kesekian kalinya bermula 2007. Alhamdulillah, KEDA masih terus memberikan thiqah (kepercayaan) kepada kami untuk mengendalikan program pembangunan minda & sahsiah untuk generasi remaja KEDA. Abg Yuki dan Kak Dah ( Tuan rumah homestay kami) menjamu kami dengan masak lemak ikan tengas . Saya pertama kali merasai masak lemak ikan tengas amat teruja dengan kesedapan dan kesegaran isinya sehingga bertambah nasi 2-3 kali. Ikan tengas adalah spesis ikan air tawar yang tergolong dalam ikan famili ikan kap. Ia biasanya didapati di kawasan air berbatu yang bergerak laju dan jernih. Dimasak tanpa dibuang sisiknya. Inilah menu terbaik pernah kami rasai selepas sebelum ini dijamu dengan gulai daging batang pisang dan sup pelanduk. Abg Yuki dan kawan-kawannya bermalam di hulu sungai untuk memukat ikan tengas dan kami turut merasa hasilnya.





Ikan tengas segar yang dihidangkan kepada kami dalam versi masak lemak cili api..




Dewan terbuka yang boleh menampung 100 peserta dalam satu-satu masa...



Solat berjamaah agenda utama Kem Bina Sahsiah diselang seli dengan alunan zikir munajat...



Aktiviti Team building - Benggali comot




Sesi penyampaian sijil...



Telefon ibu bertanya khabar dan rindu...




Kami berjaya!Kami berjaya!Kami berjaya!



Hujan turun ketika aktiviti ini memudahkan kami urusetia mencomotkan lagi peserta...



Peserta lelaki yang terbaik!



Menara Condong seliaan Ust Luqman..



Sesi Seluhur Kasih Ibu amat meninggalkan kesan...



Dari kiri - Pakngah Ishak, Ust Zul dan Ust Luqman



Diskusi kumpulan berkaitan isu remaja..



Cabaran tali...



Cabaran straw dan getah...



Peserta sendiri dilatih menjadi imam dan bilal..

Monday, March 22, 2010

Kursus Bina Sahsiah Super Keda Pasir Putih


Gateway to Desa Keda Pasir Putih...

Program : Kursus Bina Sahsiah
Tarikh : 18-20 Mac 2010
Tempat : Desa Keda Pasir Putih, Padang Terap, Kedah Darulaman
Peserta : Pelajar lelaki & wanita berusia 11-16 tahun


Segala puji & syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan keizinanNya, BMQ berjaya menyudahkan amanah yang dipertanggungjawabkan untuk bersama-sama anak-anak KEDA, membuka minda dan ruang fikiran mereka untuk memulakan agenda perubahan seterusnya merubah nasib diri dan keluarga. Hanya dengan pendidikan akan merubah situasi kehidupan kita.

Panas terik menyambut ketibaan kami di Desa Keda Pasir Putih dengan suhu di papan meter SUV menunjukkan 38"celcius. Kami disambut mesra oleh JK4P Keda Pasir Putih yang diketuai oleh En. Mat Din Arifin, En Zamri, En Suhaimi, Kak Wa, UStazah Kasma, Kak Teh dan ramai lagi. Peserta pun sudah kelihatan menunggu di bawah khemah yang dipasang untuk penyediaan makanan. Kelihatan senyuman terukir di wajah mereka memandangkan ada peserta yang telah bersama BMQ untuk program sebelum ini di Keda Bendang Man dan Keda Kemangi.

Surau Desa Keda Pasir Putih tempat kami mencurah bakti...

Peserta lelaki membantu BMQ memunggah barang dari kereta masuk ke dalam surau. " Bagus jugak budak-budak nie". Detik kami dalam hati.Jam 3.30 petang program bermula dengan sesi pengenalan FC, taklimat program dan suai kenal termasuk ice breaking. Kelihatan para peserta responsif terhadap percakapan kami. Mungkin tiga hari di sini bakal menjadi kenangan yang paling seronok dan indah buat kami dan peserta.



Bergambar di sisi Surau Desa Keda Pasir Putih...


Sesi perpisahan..


Tiada yang lebih indah selain pertemuan dan perpisahan kerana Allah..


All The Best To All Of You...



Kak Teh & Ustazah Kasma - CEO Makanan




Peserta perempuan bersama Cabaran Paku Besi..



Pak Din (Pengerusi JKP4P) berdiri kiri bersama En Zamri (Tengah) dan Ust Subhi (Kanan) saling bertukar buah tangan..



Lepas nie boleh jadi tukang buat rumah...



Dalam sesi Cabaran Kertas...


Aktiviti kumpulan terhebat...


Masih malu-malu membuat pembentangan..


Antara pembentangan terbaik kumpulan..



Peserta lelaki yang happy...


Peserta wanita yang comel-comel dan baik hati....
Tiga hari dua malam tidaklah begitu panjang detik kiraannya. Antara pengisian yang kami tekankan untuk peserta ialah memulakan agenda perubahan. Perubahan imej, cara berfikir, sikap terhadap ibu bapa, pelaziman ibadah solat dan al quran adalah sinergi internal dan external untuk berjaya. Minda perlu diaktifkan untuk merangsang semangat belajar. Alhamdulillah, kelihatan para peserta mula menyambut idea kami dari respons dan kehadiran mereka dalam setiap slot yang disusun. Begitu juga kaum ibu yang bertungkus lumus membuat penyediaan makanan sehingga perut kami semua tak sempat berehat! Paling tidak dilupakan ikan pekasam yang digoreng bersama cili dan bawang. Sememangnya mencetuskan selera untuk kembali ke sana sekali lagi.