Program Insan Cemerlang - Membentuk Budaya Kerja Berprestasi Tinggi
Kakitangan Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR)
Buat pertama kalinya, BMQ Training berpeluang berprogram bersama para kakitangan IMR yang terdiri daripada doktor PHD, doktor perubatan dan pergigian, saintis, pegawai penyelidik serta kakitangan sokongan. Selama 3 hari 2 malam dengan kerjasama trainer En. Osman Affan, kami lihat para peserta amat responsif terhadap setiap isu dan aktiviti yang dijalankan. Antara subjek utama yang diketengahkan dalam program ini adalah kebersamaan visi IMR untuk menjadi badan terulung dalam mempelopori penyelidikan berkaitan kesihatan di Malaysia. Dalam ucapan awal program, Doktor Amal Nasir yang juga Ketua Pusat Sumber Penyelidikan IMR turut menyeru agar IMR digerakkan untuk kembali seperti pencapaian yang pernah dicapai sebelum ini. Beliau amat positif dengan kesungguhan yang ditunjukkan para peserta.
Antara pengisian kali ini adalah Konsep Syukur, Kerja Itu Ibadah, Sikap Dalam Kreativiti, Pengurusan Kewangan Peribadi, Menerobos Sempadan Diri dan Membentuk Budaya Kerja Berprestasi Tinggi. Alhamdulillah, selama 3 hari, kami dapat bersama barisan peserta yang sentiasa bersemangat waja untuk menambah ilmu, menilai kekurangan diri, saling merapatkan hubungan antara satu sama lain serta membina keyakinan diri. Terima kasih kepada IMR atas peluang buat kami BMQ mencurah sedikit ilmu, thank buat Osman Affan, Dr. Amal Nasir serta semua staff IMR yang terlibat..
No comments:
Post a Comment