8 Oktober 2009
10.30 malam
Kehadiran : Ust Azizul, Ust Subhi, Ust Dhan, Pakngah Ishak, Pak Ibrahim, Abg Yuki, Bang Ya, Kak Maziah dan anak-anaknya serta Kak Dah dan anak-anaknya
Menu : Kuew tiaw goreng, ABC, ayam goreng, whipped potato, coleslaw, kopi panas
Dari kiri abg marzuki, kimi, aiman, bang Ya, bang Ibrahim, Pakngah Ishak, Ust Subhi d an Ust Dhan...
BMQ telah membuat kunjungan aidilfitri ke Desa KEDA Kemangi, Baling pada hari Khamis (8/10/09). Bertempat di rumah abg marzuki yang terletak berhadapan dengan campsite Kemangi, kami membuat ziarah ukhuwwah setelah kali terakhir berprogram di sini pada bulan mac 2009. Team BMQ pernah berkampung selama sebulan di Desa Kemangi untuk dalam siri Kursus Bina Sahsiah Super untuk para remaja dan belia dari lapan zon Keda di Negeri Kedah Darulaman.
Kak Dah (bertudung biru) dan Kak Maziah memangku bayinya...
Kami berborak panjang berkenaan program semasa di Kemangi. Sambil menghirup kopi panas, nampaknya isu pilihanraya di Bagan Pinang mendominasi perbualan kami. Seperti biasa ada yang sokong PAS, ada yang yakin BN akan kekalkan kemenangan. Apa pun, kita tunggu keputusannya.
Berdasarkan perbualan kami,Kemangi campsite agak lama juga tidak menerima kedatangan peserta. Kak Maziah memberitahu bahawa dia masih terngiang-ngiang suara peserta berzikir setiap kali dekatnya waktu maghrib. Juga terdengar-dengar suara Ust Dhan memberi ceramah, ternampak-nampak Ust Subhi & Ust Zul memberi arahan kepada peserta agar menepati masa. Sememangnya pemukiman kami selama sebulan lebih di Kemangi telah memberikan impak besar kepada mereka di samping telah terjalin hubungan yang rapat seolah-olah saudara sendiri.
Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada jam 12.oo tengah malam melalu jalan Gerik - Kuala Kangsar - K. Lumpur memakan masa hampir 4 jam. Sampai di rumah pada jam 4.00 pagi kami terus berlabuh sepi memandangkan esoknya kami harus menyelesaikan urusan penting di Masjid Putra, Pejabat Kesihatan Putrajaya dan Masjid Wilayah bagi program bersama staff dan juga program Anakku Anak Soleh.