Thursday, May 28, 2009

Program BMQ Sempena cuti sekolah Mei-Jun 2009


Untuk cuti sekolah kali ini, BMQ menganjurkan Program Motivasi Anak Soleh Super!. Pakej program selama sehari ini memberi peluang kepada para peserta untuk belajar memanfaatkan masa lapang mereka ketika cuti sekolah. Antara modul yang ditekankan di dalam Program Motivasi Anak Soleh Super pada kali ini ialah Modul Super Attitude : Super Study : Super Soleh

Berikut adalah maklumat lanjut :


Program Motivasi Anak Soleh Super ( Untuk remaja 9-15 tahun)

30 Mei 2009 (Sabtu)

Masjid As Salam ( Masjid Terapung), Puchong Perdana, Selangor

8.30am hingga 5.30pm

Yuran RM 40.00 ( Makan minum, bahan kursus, sijil dan trainer)


Program Motivasi Anak Soleh Super ( Untuk remaja 9-15 tahun)
31 Mei 2009 (Ahad)
Masjid Kariah Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan
8.30am hingga 5.30pm
Yuran RM 50.00 ( Makan minum, bahan kursus, sijil dan trainer)


Kepada yang berminat, hubungi kami di BMQ Training atau daftar online melalui http://www.mybmq.com/.


Bersama Membina Generasi Remaja Super Soleh

Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu..

Slot Keinsafan Online.... Buat Insan Teragung Dalam Hidup Kita..Semoga Allah merahmati semua Ibu.....


Hari Ibu Sedunia disambut 13 Mei setiap tahun. Petang tadi penulis ditemukan satu email yang agak menyentuh hati. Mungkin kita akan dapat sesuatu yang bermakna untuk ibu kalau kita menghayati bait-bait ayat di bawah....

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati.... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan .... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk!

"Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku.... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari....... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... mak

Bila sambut ulangtahun kahwin.... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim
wang untuk mak?mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...Berderai air mata jika kita mendengarnya........Tapi kalau mak sudah tiada..... ....MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Semoga kita semua sentiasa menghargai ibu kita..Bukannya 13 Mei sahaja hari ibu..Hari ibu ialah setiap hari dalam hidup kita..pulanglah ke pangkuan ibu ketika ibu masih bernyawa... bukannya meratap ketika ibu sudah tiada....


Ya Allah...Kurniakanlah syurga pada ibuku....


Syurga di bawah tapak kaki ibu...

Sunday, May 3, 2009

Travelog Umrah Seorang Aku

Aku mula menghantar abah pergi haji buat kali pertama pada tahun 1994 di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang. Waktu itu aku darjah 4, masih belum mengerti apa-apa. Ketika orang lain sibuk berpeluk dan bersalam mengirim salam kepada Rasulullah s.a.w, aku sibuk membeli air karbonat F&N di mesin air dengan harga $1 pada waktu itu bersama sepupu.Itulah perkara yang paling seronok kerana abah bagi duit sebab nak tinggal pergi Makkah, aku dapat beli gula-gula, keropok dan air tin. Bila abah pulang, ada ole-ole dari Makkah yang aku tak pernah lupa iaitu yoyo dan gasing berlampu. Begitu juga dengan kacang pistachio ( kacang cerdik) yang tak pernah orang lupa kalau pergi ke sana. Segala jenis kurma ( ajwa, syafawi, ambaer, mabrum dll) apatah lagi. 1 beg yang dibawa semasa pergi akan "beranak" menjadi 3 atau 4 semasa balik ke Malaysia.


Tahun-tahun berikutnya, aku masih menghantar abah di lapangan terbang sama ada pergi tunaikan umrah atau pun haji kerana abah memang selalu membawa rombongan umrah dan haji. Apabila aku mula bekerja pada tahun 2004 ( selepas tamat belajar Universiti Malaya) bersama BMQ Training, aku menanam azam di hati aku untuk menunaikan umrah. Setiap kali hantar abah ke Makkah di KLIA, aku saling bertanya dengan abang ipar," Asyik kita jer hantar orang ke Makkah, bila lagi orang nak hantar kita?.Kami hanya saling tersenyum dengan soalan itu.

Hinggalah pada suatu hari tahun 2008, abah memberitahu kami sekeluarga yang abah akan bawa rombongan ke umrah awal 2009. Abah mengajak aku bersama isteri pergi bersama dan suruh kami mula menyimpan wang dengan kos lebih kurang RM10K untuk dua orang untuk pakej umrah dan ziarah 16 hari ( 4 hari di Madinah dan 12 hari di Makkah). Aku mula merancang dan menyimpan wang agar impian aku untuk melihat Kaabah di hadapan mata menjadi kenyataan.

Akhirnya tanggal 5 Mac 2009 dengan izin Allah s.w.t., aku berangkat ke Tanah Suci bersama isteri, abah, ibu, adik lelaki bersama hampir 50 orang ahli rombongan melalui travel Jagong Mas. Kami menaiki Biman Air ( Bangladesh International). Inilah kali pertama aku menaiki pesawat bagi penerbangan antarabangsa. Begitu teruja dan bersemangat untuk meneruskan perjalanan ini. Kami berlepas dari KLIA jam 6.30 pagi dan sampai di Zia International Airport jam 8.30 pagi waktu Bangladesh (waktu di Bangladesh awal 2 jam dari Malaysia). Ini bermaksud penerbangan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kami akan berlepas ke Jeddah pada jam 10.30 malam. Jadi kami mempunyai 12 jam untuk bersiar-siar di Bandar Dhaka. Pihak Biman Air menyediakan hotel, makanan dan pengangkutan untuk keselesaan kami. Pertama kali keluar dari Zia International Airport, aku pertama kali melihat kota Dhaka yang begitu sesak.Untuk maklumat, Dhaka ialah ibu kota Bangladesh. Bandar ini terletak di Buriganga, di tengah kawasan penanaman jut di dunia. Dhaka merupakan sebuah pusat perindustrian, perniagaan dan pentadbiran dan berdagang dalam beras, jut, gula dan teh. Penghasilan barang yang utama adalah tekstil dan produk-produk dari jut (seperti tali, guni dll). Dhaka juga terkenal dengan hasil kraf tangannya. Difahamkan jumlah penduduk Dhaka pada masa ini ialah hampir 10 juta. Ianya sebuah bandar yang sesak dengan manusia dan kenderaan di mana hon sentiasa kedengaran. Sepanjang jalan terdapat kelibat penunggang "rikshaw" ( beca roda tiga) dan "skuter tu tut" berkain pelikat membawa penumpang. Kami menginap di sebuah hotel yang selesa di di pinggir Dhaka. Makanan yang disajikan juga amat sedap dan menyelerakan. Kari ayam dan ikan tanpa santan dihidangkan panas bersama nasi putih amat membangkitkan selera kami di perantauan. Masakannya agak sedikit berbeza dengan masakan Malaysia di mana lebih pedas dan berempah. Pada jam 3 petang waktu tempatan, kami dibawa melawat sekitar Bandar Dhaka. Antaranya kediaman Perdana Menteri Khaleda Zia, Dhaka Universiti, Pasar Dhaka yang dipenuhi sayuran dan buahan serta ikan yang besar-besar, Parlimen Dhaka dan bazar jualan yang menawarkan pelbagai barang kraftangan yang murah dan menarik. Terpegun melihat kelibat manusia yang pelbagai ragam di Bandar Dhaka.







Jam 10 malam kami bergerak menaiki bas ke Zia International Airport untuk berlepas ke Jeddah. Aku semakin tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke bumi anbiya Madinah. Perjalanan dari Bangladesh melalui pesawat Biman Air ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 6 jam.

Buat pertama kalinya, aku menjejakkan kaki ke bumi Madinah lebih kurang jam 9.30am waktu Madinah. Sewaktu kapal terbang mendarat di Jeddah International Airport, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan izinNya aku hampir menuju ke Baitullah. Selepas selesai urusan pasport dan luggage, kami menaiki bas terus menuju ke Madinah dengan jarak 400 km mengambil masa lebih kurang 6 jam. Pertama kali berhenti di R&R, aku amat teruja. Merakam semua gambar pemandangan dan gelagat manusia yang dijumpai. Kami menikmati makan tengahari di situ.

















Di Gua Thur ( Tempat persembunyian Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar ketika hijrah)















Bersama seorang profesor universiti Algeria di dalam Masjid Nabawi..




















Bersama Baitullah yang menjadi tempat berkumpulnya umat Islam sedunia...















Menunggang unta di Jabal Rahmah...





















Berniat umrah di Tan'iim..


Ketika lawatan ke kilang percetakan al quran al malik fahd di Madinah...


Maqam syuhada' di medan Uhud..



Jabal Uhud..


Masjid Quba' ( Masjid pertama dibina dalam sejarah Islam)


Bersama ibu di Masjid Qiblatain, Madinah

Kenangan di Masjid Nabawi as Syarif, Madinah...


Di sebuah bazar di Makkah...


Pemandangan Masjid Nabawi dari hotel El Yasmin Manzili, Madinah