Tuesday, February 24, 2009

Business Trip To Kulim, Ulu Legong & Cameron Highland

23 hb Februari 2009, jam 10.00 pagi Team BMQ Training bergerak dari KL ke Kg Keda Bagan Sena, Kulim, Kedah untuk taklimat bersama penduduk Kg KEDA Bagan Sena untuk Program Smart Al Quran dan Sahsiah Diri pada 5-7 Mac 2009. Kami berjanji dengan En. Nasir (Peg.KEDA Kulim) bertemu di Petronas Kulim jam 2.00pm. Seterusnya tiba untuk bermesyuarat dengan Jawatankuasa 4P Keda Kg Bagan Sena. Penduduk kampung KEDA Bagan Sena amat peramah dan baik hati menyambut kami yang akan mengendalikan kursus untuk anak-anak mereka pada minggu berikutnya. Mereka menunjukkan minat yang begitu tinggi di mana penyertaan untuk program Smart Al Quran mencecah 80 orang sedangkan pada awalnya hanya mencecah 30 orang.



Ke Sungai Petani

Tamat bermesyuarat di Kg KEDA Bagan Sena pada jam 4 petang, kami terus bertolak ke Sungai Petani untuk mencuba Radix Fried Chicken (RFC) yang dicetuskan oleh Kumpulan Herba Perubatan Al Wahida (HPA). Suatu konsep restoran makanan segera ala KFC yang pertama di Malaysia diusahakan oleh bumiputera Muslim iaitu Tuan Haji Ismail. Bermula dengan produk herba HPA, kini Tuan Haji Ismail dapat berbangga dengan jualan Kopi Herba Radix "Mai Secawan" yang kini terdapat di merata restoran dan kedai makan seluruh negara. Kejayaan menguruskan HPA dengan dengan pelbagai produk Muslim merangkumi makanan kesihatan, minuman, bahan penjagaan diri, ubatan dan sebagainya seharusnya menjadi inspirasi kepada kita semua untuk mencapai kejayaan dalam setiap bidang yang kita ceburi. HPA menghasilkan kopi, radix cola, ubat gigi, kosmetik, pakaian dan kini makanan segera menawarkan produk yang halal, sihat dan meyakinkan pengguna. Kami berbangga dengan kejayaan HPA dan menyematkan di dalam hati kami untuk mencapai sesuatu yang kalau tidak melebihi HPA sekali pun sekurang-kurangnya menyamai kejayaan mereka. Saya mengenali Tuan Haji Ismail secara peribadi sebagai seorang yang jujur, begitu merendah diri dan amat memahami setiap orang di bawah jagaan beliau. Semoga kami berjaya seperti mereka.

Ke Ulu Legong

Sebelum maghrib, setelah kekenyangan merasai ayam goreng RFC herba, coleslaw dan mash potato yang enak beserta potato wedges dengan sos cheese ( hampir setanding KFC), kami bertolak ke Kolam Rekreasi Air Panas Ulu Legong. Tiba di sana jam 9.00 malam dan kami menempah homestay milik ayah En. Asri ( Pegawai KEDA Zon Baling) untuk berehat sebentar. Menghilangkan kepenatan dengan berendam kaki dan berenang di Kolam Air Panas semulajadi.

Ke Cameron Highland

Jam 10 pagi keesokan harinya, selepas menikmati nasi lemak yang dihidangkan oleh ibu en. Asri, kami bertolak balik ke KL untuk meneruskan kerja-kerja tertangguh. Kami mengambil keputusan untuk menggunakan laluan Baling-Grik untuk terus sampai ke Kuala Kangsar. Sempat juga singgah di Kg KEDA Kemangi, Baling untuk bertemu keluarga Abg Yuki ( penyedia homestay kami di Kemangi) untuk bertanya khabar. Kali ini, perjalanan pulang ke KL disertai ibu mertua Ust Subhi untuk menjaga isteri beliau yang sedang mengandung. Dalam perjalanan, saya bergurau dengan makcik adakah dia teringin nak pergi ke Cameron Highland, makcik cakap dia tak pernah pergi lagi, saya merancang bersama Ust Dhan (driver ala Michele Schumacher) untuk buat surprise. Ust Subhi sedang nyenyak tidur tanpa mengetahui planning kami berdua. Apabila sampai di Petronas Simpang Pulai, kami berhenti mengisi minyak dan Ust Subhi pergi ke tandas. Bila kami mengambil simpang ke Cameron Highland, Ust Subhi bertanya kenapa ambil jalan itu dan saya cakapkan yang kami akan guna jalan belakang tanpa tol untuk terus sampai ke Rawang (bohong sunat yang bukan sunat pun) Ust Subhi pun hairan kerana dia sendiri tak pernah guna jalan itu. Suasana semakin menarik kerana keadaan sejuk dan berkabus seolah berada di Pergunungan Alps, Swirtzeland. Cuma jalan berbengkang bengkok agak kurang selesa. Akhirnya bila sampai di Tanah Rata, Cameron Highland, makcik begitu gembira kerana buat pertama kali menjejak kaki ke situ. Kami singgah memetik buah strawberry (self plucking) di Strawberry Park. Semua makanan berasaskan strawberry ada di situ antaranya waffle strawberry, strawberry milk shake, jeruk, aiskrim dan segala-gala tentang strawberry. Teruja melihat sayuran seperti salad, kubis, daun pastli, tomato, kekacang, cili dan sebagainya yang tumbuh subur di sana. Alangkah hebatnya alam ciptaan Allah.

Ke Kl
Setelah kepenatan berjalan di Tanah Rata, kami bertolak pulang jam 6.00 petang menggunakan jalan ke Tapah. Sepanjang laluan kami berkesempatan melihat perkampungan orang asli yang begitu unik di lereng bukit. Ada di kalangan mereka yang menjual produk hutan seperti petai, pokok bunga, kraftangan dan sebagainya. Laluan lebih mencabar berbanding Simpang Pulai tadi dengan selekoh yang sememangnya tajam dan disukai oleh pemandu Michele Ramadhan. Kami singgah rehat R&R Tapah untuk solat dan makan. Setelah itu, perjalanan diteruskan dan kahirnya jam 10.00 malam kami sampai di Bandar Sri Damansara. Alhamdulillah, kami bersyukur kerana Allah melindungi sepanjang perjalanan kami, sesungguhnya setiap perjalaan dan pengembaraan itu harus mengingatkan setiap pengembara akan keajaiaban dan kehebatan Sang Pencipta yang Maha Kuasa. Allahumma Amin..

Tuesday, February 10, 2009

Program Terkini (Januari - Mac2009)

TAQWIM FEBRUARI 2009

1. Program Pemantapan Aqidah & Sahsiah
Pusat Pemantapan Aqidah JAKIM, Jelebu N9
3-5 Februari 2009

2. Kem Motivasi & Kepimpinan Pelajar
SRA Nurus Saadah, Cheras, Kuala Lumpur
7-8 Februari 2009
Rebutia Learning Centre, Gombak, Selangor

3. Program Motivasi Kecemerlangan Akademik & Sahsiah
(Terbuka untuk pelajar lelaki perempuan 9-15 tahun)
Masjid As Syakirin KLCC
21-22 Februari 2009

4. Program Induksi Staf Penggerak Orang Asli JAKIM
Pusat Pemantapan Aqidah JAKIM Jelebu
17 Feb 2009

5. Motivasi Guru Besar & Guru-guru 14 SRA Zon Gombak
SRA Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur
22 Februari 2009

6. Program Kepimpinan Pelajar 2009
SRA Pekan Meru, Klang Selangor
22 Feb 2009

7. Program Motivasi Kecemerlangan Akademik & Sahsiah
(Terbuka untuk pelajar lelaki perempuan 9-15 tahun)
Masjid Negara, Kuala Lumpur
28 Februari - 1 Mac 2009

TAQWIM MAC 2009

1. Program Smart Al Quran
Keda Zon Kulim
5-7 Mac 2009

2. Kursus Bina Sahsiah KEDA
Desa KEDA Kemangi
16-19 Mac 2009

3. Program Motivasi Anak Soleh
(Terbuka pelajar lelaki perempuan 9-15 tahun)
28-29 Mac 2009
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah