Saturday, February 27, 2010

Membetulkan Yang Biasa & Membiasakan Yang Betul


Salam motivasi kepada semua pengunjung. Kadang-kadang, apa yang biasa kita lakukan tidak semestinya betul walau pun kita merasakannya betul. Yang menentukan betul atau tidak sesuatu perkara atau kepercayaan itu pada diri kita bergantung kepada maklumat yang kita ada. Mungkin maklumat itu dari bahan bacaan, kawan-kawan, guru sekolah atau didikan ibu dan bapa kita. Kepercayaan, pegangan, tindakan atau amalan inilah yang menentukan siapa diri kita. Kadang-kadang kita tahu apa yang kita lakukan atau apa yang kita percayai itu kurang betul atau memang tidak betul langsung namun dek kerana selalu melakukannya atau itulah sahaja maklumat yang kita ada, maka kita malas atau tidak bersedia merubahnya.

Sebab itu masih ramai umat melayu yang masih percaya kepada bomoh dan tangkal. Kerana itu jugalah Seorang Pak Lebai yang sentiasa bersolat berjamaah di masjid namun apabila anaknya kena rasuk hantu atau barangnya hilang masih berjumpa tok bomoh untuk berubat dan menilik. Kenapa? Mungkin kerana itulah kepercayaannya sejak dia kecil. Dia mewarisi kepercayaan itu dari ibu dan bapanya, dari orang kampungnya dan kepercayaan itu dibawa sehingga liang lahad. Walau pun ramai juga orang kampungnya yang tidak percaya kepada si bomoh tadi. Pak Lebai tadi tak sanggup menukar kepercayaannya bahawa yang menyembuh ialah Allah s.w.t di samping usaha yang betul serta yang menjumpai barang hilang ialah polis walaupun dia pernah mendengar ceramah di masjid berkaitan dengan syirik dan tauhid.

Mari kita lihat situasi di bawah :

Razak seorang pekerja yang bermasalah. Datang kerja selalu lewat dan kerjanya tidak produktif. Tugasannya jarang disiapkan mengikut masa dan Razak mempunyai masalah komunikasi dengan rakan-rakan kerjanya. Dia juga seorang yang tidak mementingkan penampilan diri. Jarang memakai stoking dengan baju berkedut serta badan berbau. Dia tidak mempunyai ramai kawan kerana sikapnya serta masalah disiplinnya itu.

Khairul pula seorang eksekuti syarikat swasta. Masalahnya Khairul mempunyai sikap suka bertangguh. TNB selalu menghantar surat merah (amaran pemotongan) kerana dia lewat membayar bil. Begitu juga dengan installment kereta yang kadang-kadang bertangguh sehingga 3-4 bulan. Setelah pihak bank menghantar surat dan pegawai mereka menelefon Khairul barulah dia menyelesaikannya. Bil telefonnya juga selalu ditamatkan (call barring) suka bertangguh.

Atikah tidak disukai rakan sekelas dan guru-gurunya. Ini kerana dia apabila bercakap selalu meninggi diri dan berbangga dengan kekayaan bapanya yang merupakan ahli perniagaan berjaya. Dia suka menunjuk-nunjuk barang miliknya seperti telefon, beg, alat solek dan sebagainya serta membanding-bandingkan pula dengan rakan-rakan lain.

Ahmad seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Pada peperiksaan sebelumnya ( UPSR dan PMP), keputusan Ahmad tidaklah membanggakan, hanya cukup-cukup makan sahaja. Ini kerana Ahmad hanya mengulangkaji pelajaran bila dia rasa rajin untuk belajar. Selebihnya dihabiskan masa di kafe siber, menonton tv dan melepak bersama kawan-kawan yang satu mazhab pemikiran dengannya. Apakah anda rasa Ahmad boleh berjaya dalam SPM tahun ini dengan sikap belajarnya itu? Ahmad pun tahu sikap belajarnya itu tidak akan membuatkan dia berjaya dalam SPM tahun ini.



Program Bina Sahsiah Super! Keda Bendang Man Resort, Baling Kedah 2008

Baik! Soalan pertama, apakah individu di atas ingin berubah? Ya! Mereka tahu mereka bermasalah tetapi tidak ingin keluar dari masalah tersebut. Kenapa? Kerana mungkin selesa dengan keadaan sedia ada atau masih wujud halangan minda untuk melakukan perubahan. Selesa dengan kebiasaan. Mereka harus dan wajib membetulkan apa yang BIASA mereka lakukan sehingga mereka berada dalam situasi tersebut. Tukar budaya, tukar cara berfikir, asah kemahiran komunikasi dan cuba berubah. Kalau tadi mereka sudah betulkan apa yang biasa mereka lakukan walau pun salah, sekarang mereka harus membiasakan diri dengan perkara yang betul pula. Tindakan baru akan menghasilkan keputusan baru. Kebiasaan yang betul akan membuahkan hasil yang membanggakan.

Eh Khairul! Lepas nie jangan bertangguh lagi! Bayar semua bil on time ( ikut masa). Minta isteri atau kawan ingatkan anda. Hidup anda pasti akan lebih tenang jika anda membentuk budaya baru yang lebih baik.

Untuk Razak, kunci jam anda supaya bangun awal. Letakkan jam loceng di atas almari yang tinggi supaya bila berbunyi anda terpaksa bangun dan bersusah payah menutupnya. Mungkin mengantuk boleh hilang. Kalau satu jam loceng tidak cukup, belilah 10 lagi jam loceng. Siapkan pakaian lebih awal. . Jangan pula lupa mandi pagi. Anggapkan kalau tak pakai stoking pergi kerja seolah-olah anda terlupa memakai seluar ke tempat kerja. Latih diri dengan senyuman. Buat perancangan kerja. Insya Allah, dunia di hujung jari anda.

Atikah, lihatlah drama tv atau filem. Watak antagonis biasanya suka menunjuk, tidak memikirkan perasaan orang lain dan selalunya berlagak. Apa perasaan anda menontonnya? Sudah pasti rasa meluat dan mungkin kalau anda jumpa pelakon itu di luar, mungkin anda akan menjelirkan lidah kepadanya. Letakkan diri anda di tempat penonton. Pasti rasa tidak suka menjengah hati. Jadi, tukar sikap kita. Semakin merendah diri seseorang itu, semakin tinggi pula pandangan manusia kepadanya.

Tukarlah cara belajar awak wahai Ahmad! Pelbagaikan cara. Cari kawan baru yang lebih minat belajar. Susunlah masa belajar dan konsisten dalam mengikutinya. Tukar sekolah juga tidak mustahil kalau itulah halangan yang sukar sekali.



BMQ Fc Team bersama salah seorang peserta cemerlang Kem Bina Sahsiah Super! 2008

Untuk melakukan perubahan, manusia biasanya akan memikirkan proses untuk berubah itu suatu yang memeritkan. Mereka tidak memikirkan penghujungnya Sepatutnya fikirkan kesannya yang lebih berharga dan seronok. Bayangkan mungkin Ahmad sedaya upaya berubah dan proses melakukan perubahan itu agak sukar,namun bayangkan kalau Ahmad berjaya mendapat 8A. Tidakkah berbaloi. Jadi antara formula perubahan ialah fikirkan penghujungnya dan bayangkan apakah yang akan aku dapat kalau aku berubah. Jangan meletakkan tempoh untuk berubah, berubahlah sekarang untuk masa depan lebih gemilang.

Mungkin juga boleh gunakan teknik "train starting" iaitu ikut bagaimana keretapi bergerak. Pada awalnya ia bergerak perlahan dan akhirnya semakin laju dan laju. Sememangnya sukar untuk memulakan perubahan. Rasa susah, rasa malas dan sebagainya. Namun jika kita sudah memulakannya dan telah merasa sedikit hasilnya, saya kira proses perubahan akan menjadi lebih seronok dan menyenangkan. Mungkin Ahmad telah berubah sedikit dari aspek cara pembelajarannya dan di dalam peperiksaan penggal pertamanya tahun ini, dia telah mendapat nombor bawah 10 dengan peratus yang agak tinggi. Jadi sedikit perubahan telah menunjukkan pencapaian maka dia sudah pastinya akan melipatgandakan usaha untuk terus mencapai kejayaan yang lebih dan lebih. Justeru, dengan sedikit lonjakan akan mudah membantu kita berubah untuk mendapat atau mencapai sesuatu yang diinginkan.
Untuk belajar sesuatu, kita mestilah mementingkan prosesnya. Jawapan tidak penting. Namun untuk membuat perubahan, kita WAJIB memikirkan jawapannya atau keputusannya.

Wednesday, February 3, 2010

Motivasi Anak Soleh Cemerlang Exam@2010


Salam hormat buat semua pengunjung. Jentera BMQ buat kesekian kalinya menganjurkan PROGRAM Motivasi Anak Soleh Cemerlang Exam@2010 . Fokus bagi penganjuran kali ini adalah untuk membentuk hala tuju dan matlamat yang jelas dalam diri setiap pelajar ke arah pembelajaran yang lebih efektif serta pada masa yang sama membina suatu sikap atau nilai (value creating) kecemerlangan diri. Sikap membentuk semangat belajar. Sikap adalah kunci kecemerlangan.Mahligai kecemerlangan dibuka menggunakan kunci sikap.

BMQ Training telah memilih 2 tempat utama untuk memudahkan ibu bapa menghantarkan anak-anak mereka iaitu bagi kawasan Kuala Lumpur bertapak di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta serta di kawasan Petaling bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Berikut adalah maklumat lanjut :




PROGRAM 1
Program : Motivasi Anak Soleh Cemerlang Exam 2010
Tarikh : 20 Februari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 6.00 ptg
Yuran : RM 50.00 ( Merangkumi makan minum, modul dan trainer
Daftar : Bawa peserta pada 20 Feb (Sabtu) 8.30 pg ke perkarangan Masjid Negeri,
Shah Alam
Keperluan : Pakaian menutup aurat, buku nota & pen

Untuk mendaftar, sila hubungi Ust Ramadhan Hj Ahmad di talian 012-6249055 seterusnya membuat bayaran penuh RM50.00 melalui akaun Maybank bernombor 1621-51711-512 atas nama RAMDHAN HJ AHMAD

PROGRAM 2



Program : Motivasi Anak Soleh Cemerlang Exam 2010
Tarikh : 21 Februari 2010 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 6.00 ptg
Yuran : RM 50.00 ( Merangkumi makan minum, modul dan trainer
Daftar : Bawa peserta pada 21 Feb (Sabtu) 8.30 pg ke Anjung C, Masjid Wilayah
Keperluan : Pakaian menutup aurat, buku nota & pen

Untuk mendaftar, sila hubungi Ust Aziz di talian 019-3039845 seterusnya membuat bayaran penuh RM50.00 melalui akaun Maybank bernombor 16439-7938-289 atas nama Azizul Asri Hj Ahmad Tajuddin