Thursday, December 24, 2009

Selamat Pengantin Baru



"Pasangan pengantin baru ( Ust Ramadhan & Ustazah Sohida) diapit oleh pasangan pengantin lama (tetapi tetap baru - Ust Aziz dan Ustazah Raihan) di Majllis pernikahan raja sehari"..
Rasa belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru Selamat Berbulan Madu kepada salah seorang Trainer BMQ iaitu Ybhg Ustaz Ramadhan Al Mubarak Hj Ahmad dengan pasangannya Puan Sohida bt Jamil. Setelah mengenali hampir 2 tahun, pasangan ini memeterai ikatan sah pada tanggal 5 Disember 2009 di Kubang Rotan, Kedah Darul Aman. Pasangan Ustaz Ramadhan juga merupakan salah seorang tenaga BMQ Training sebelum berhijrah menjadi guru di salah sebuah sekolah di Langkawi.
Sabda nabi s.a.w :
"Apabila seseorang itu telah berkahwin, maka dia telah menyempurnakan separuh dari urusan agama. Dan hendaklah dia bertaqwa selebihnya"
( HR Al Baihaqi)
Kami berharap pasangan ini kekal bahagia dan diberkati seluruh hidup mereka. Semoga Ust Ramadhan menghabiskan cuti sebulan dengan semaksimum mungkin dan dapat meneruskan kecemerlangan demi agenda BMQ Training 2010.

PMR Oh PMR!



Pelajar Sekolah Seni (dari kiri) Munirah Musa, Razanah Syariah Asmantor, Reena Fitri Syahriah Abdul Razak dan Athirah Najwa Rosely berkongsi kegembiraan selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 di Johor Bahru hari ini. - Gambar RAJA JAAFAR ALI

Antara perkara menarik dalam PMR tahun ini :

Keputusan PMR 2009 - Lebih 28,000 Pelajar Peroleh Semua A

Bilangan calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat A dalam semua subjek meningkat 1,810 atau 0.41 peratus kepada 28,188 berbanding 26,378 tahun lalu.Ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan itu di Putrajaya, Khamis, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya.Beliau berkata calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008 manakala 87,936 pelajar melepasi tahap minimum (A,B,C,D) berbanding 88,565 tahun sebelumnya."Pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lepas," katanya.

PMR 2009 - Pelajar Cacat Penglihatan Dapat 7A, Dua 6A

Pencapaian cemerlang seorang pelajar orang kurang upaya (OKU)) mendapat 7A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) mengejutkan pengetua Sekolah Menengah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan di Setapak, Kuala Lumpur - Khamis."Saya terkejut kerana inilah pertama kali pencapaian akademik pelajar meningkat sehinggakan seorang pelajar istimewa tahun ini mendapat A dalam semua mata pelajaran," kata pengetua sekolah berkenaan Che Fatimah Che AbdullahHanson Ang Ping Ting berjaya mendapat 7A manakala dua yang lain, Tan Ee Beng dan Mohammad Razlan Ibrahim Mukhtar, masing-masing mendapat keputusan 6A.Ang, yang berada di Seremban bersama keluarganya, telah menghubungi sekolah dengan telefon untuk mendapat keputusannya.Che Fatimah turut bergembira kerana 13 daripada keseluruhan 20 pelajar sekolah tersebut yang mengambil PMR tahun ini mencatat kejayaan cemerlang, sekaligus menaikkan pencapaian kecemerlangan sekolah itu kepada 60 peratus berbanding 38.5 peratus pada tahun lepas."Usaha guru yang gigih dan komited perlu ada untuk mengajar pelajar istimewa kerana mereka memerlukan perhatian yang lebih berbanding pelajar normal," kata Che Fatimah.


Bagaimana dengan ANDA???

Soalan pertama yang ingin saya tanyakan ialah adakah keputusan itu sebagaimana yang adik-adik inginkan? Atau tidak begitu tepat atau pun jauh benar dari target asal. Walau apa pun keputusannya, terimalah dengan hati terbuka. Jauhi sifat berputus asa dan mengalah. Kalau resultnya cemerlang, bersyukurlah. Kalau cukup makan berSYUKURLAH dan kalau jauh dari target asal pun BERSYUKURLAH!!! Itulah ketetapan. Anda telah berusaha. Ingat pesanan Mahatma Ghandi bahawa " Kemenangan itu adalah perjuangan bukannya natijah".

Justeru, jika anda sememangnya telah berjuang sedaya mungkin untuk meraih keputusan cemerlang, namun tidak mendapatnya, yakinlah sebenarnya anda telah menang! Usaha itulah kemenangan. Ada orang agak skeptikal dengan ayat ini. Ayat motivasi bolehlah. Yang gagal tetap gagal. Biarlah mereka dengan skeptikalisme mereka. Yang penting kita harus memandang ke hadapan.
Tak kira apa pun keputusan anda, ucaplah terima kasih kepada guru. Pulang ke rumah ucap terima kasih pada ibu dan ayah. Mohon doa di tikar sejadah untuk kejayaan seterusnya. Tak ramai orang yang ingat Tuhan bila mereka senang. Yang lebih teruk kalau susah pun masih tak ingat tuhan.

"Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur"
(Saba’34: 13)

Wednesday, December 9, 2009

Koleksi gambar SummerCamp Anak Soleh Masjid Wilayah 7-9 Dis09




Alhamdulillah, selepas 3 hari yang mencabar, semua peserta Summer Camp pulang ke rumah masing-masing untuk memulakan program menjadi anak soleh. BMQ Training mengucapkan terima kasih atas kepercayaan para ibu bapa. Mudah-mudahan kesedaran anak-anak untuk menjadi anak soleh dapat diteruskan dan akan sentiasa istiqamah ke akhirnya.


Ingat semua adik-adik, cuti sekolah hanya tinggal kurang sebulan sahaja. Inilah masa terbaik untuk membuktikan pada ibu ayah bahawa kita adalah anak soleh paling best untuk mereka. Bahagikan masa cuti kepada 4 perkara. Pertama masa untuk belajar, kedua masa bersama ibu bapa & keluarga (tolong mereka), ketiga masa bermain & bersama kawan-kawan dan keempat masa beribadah.


Bagi adik-adik lelaki, apa lagi! Kalau suara dah sedap dan ada keyakinan diri, pergi surau dekat rumah minta tok bilal rehat 2 minggu. Kita ganti tok bilal! Yang penting bila mak dan ayah dengar suara anaknya azan, mesti sejuk hati. Rasa bertuah mengandungkan kita sembilan bulan sepuluh hari.


Modul 2012...siapa yang selamat...?

Apa yang paling penting ialah merancang apa yang kita akan lakukan setiap hari. 5 minit perancangan hari ini akan menjimatkan 5 jam esoknya. Kalau tak merancang, bangun pagi, termenung, tengok tv, main, sedar-sedar dah azan maghrib.


Kalau ingat lagi zikir, elok-eloklah baca selalu..untuk melembutkan hati dan mendorong kita untuk melakukan kebaikan..








Bersama sijil Anak Soleh...











Ust Zul & Ust Subhi sentiasa mendoakan kecemerlangan adik-adik semua...























































Imam Besar Masjid Wilayah, Ust Haji Abdul Malik b Salleh memberikan pesanan dan dorongan ketika Majlis Perasmian Penutup Summer Camp Anak Soleh 2009